Pakej pengujian IQ kanak-kanak / Tan Ai Chu

Sistem yang dibangunkan ini, iaitu Pakej Pengujian IQ Kanak-kanak merupakan satu pakej yang disediakan khusus untuk kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 6 tahun. Memandangkan pada masa kini kanak-kanak telah didedahkan dengan penggunaan komputer oleh ibu bapa mereka, tambahan pula seruan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Ai Chu
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10268/1/Tan_Ai_Chu_(Pakej_Pengujian_IQ_Kanak%2Dkanak_BCIT).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10268/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Sistem yang dibangunkan ini, iaitu Pakej Pengujian IQ Kanak-kanak merupakan satu pakej yang disediakan khusus untuk kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 6 tahun. Memandangkan pada masa kini kanak-kanak telah didedahkan dengan penggunaan komputer oleh ibu bapa mereka, tambahan pula seruan kerajaan yang menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada, maka sistem yang akan dibangunkan adalah sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Metodologi yang disediakan untuk membangunkan sistem ini menggunakan pendekatan model air terjun dengan prototaip kerana ia dapat menjimatkan masa dalam tempoh pembangunan sistem ini. Setiap fasa dalam proses pembangunan adalah tersusun dan mengikut jadual, maka proses pembangunan sistem ini akan menjadi lebih sistematik dan tidak membazirkan masa. Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah Director 8.0, Adobe Photoshop 6.0, Swish 2.0 dan QuickTime 5. Sistem ini mengutamakan penggunaan pelbagai jenis multimedia, Penekanan diberikan kepada penyuntingan dan pelarasan teks, grafik, audio, video dan animasi. Ini adalah penting kerana kanak-kanak akan lebih mudah tertarik kepada animasi. Selain itu, sistem ini dimuatkan dalam CD-ROM dan boleh dilarikan dalam persekitaran Windows. Ciri-ciri menyebabkan sistem ini mudah alih dan bersifat interaktif. Penggunaan dwibahasa dalam sistem ini, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris membolehkan kanak-kanak membuat pilihan untuk menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan mereka.