Struktur sosial di Kampung Lubuk Kelubi dan di Kampung Labuhan Dagang, Selangor (Satu kajian perbandingan) / Mohd Razali Agus

Latihan ilmiah ini adalah satu kajian perbandingan antara struktur sosial di Kampung Lubuk Kelubi, Ulu Langat dan Kampung Labuhan Dagang, Kuala Langat, Selangor. Penulis juga membincangkan perkaitan antara alam sekitar dan struktur sosial di kedua buah kampung tersebut. Latihan ilmiah ini dibahagika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Razali , Agus
Format: Thesis
Published: 1979
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10742/1/mohd_razali_agus.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10742/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Latihan ilmiah ini adalah satu kajian perbandingan antara struktur sosial di Kampung Lubuk Kelubi, Ulu Langat dan Kampung Labuhan Dagang, Kuala Langat, Selangor. Penulis juga membincangkan perkaitan antara alam sekitar dan struktur sosial di kedua buah kampung tersebut. Latihan ilmiah ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama penulis memberikan pengenalan ke atas kajian yang telah dilakukan di kedua buah kampung tersebut. Dalam bab pengenalan, penulis menerangkan tujuan kajian, bidang kajian, kepentingan kajian, masalah kajian, metodologi dan penulisan-penulisan awal. Dalam bab kedua, penulis memberikan gambaran latar belakang sejarah dan ilmu alam di kedua-dua buah kampung tersebut. Bab tiga adalah bab yang memberikan penumpuan yang khusus ke atas struktur sosial di kedua buah kampung tersebut. Antraa kandungannya tersmasuklah jenis-jenis family, pola-pola kekeluargaan, perkahwinan, perceraian, pola-pola tempat tinggal dan tanah pusaka. Penulis memberikan perhatian terhadap sebab-sebab berlakunya sesuatu fenomena dan proses perubahan sosio-budaya yang sedang berlaku di kedua-dua buah kampung tersebut. Dalam bab empat dan lima, penulis membincangkan tentang organisasi-organisasi sosial dan politik yang masih wujud di kedua buah kampung tersebut. Dalam bab keenam, penulis membuat perbandingan antara struktur sosial itu dikaitkan pula dengan pengaruh dalam sekitar dan juga sebaliknya.