Peranan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai (MUIPP) dalam pentadbiran zakat dan sejauhnmana kesannya terhadap masyrakat Islam di Pulau Pinang / Ramizah Ramli
Di dalam Latihan Ilmiah ini pengkaji cuba melihat peranan yang dimainkan oleh Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai (MUIPP) dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang membantu masyarakat Islam di Pulau Pinang. Dengan ini, dapatlah dinilaikan sama ada MUIPP telah berjaya a...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1988
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11138/1/ramizah_ramli.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11138/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Di dalam Latihan Ilmiah ini pengkaji cuba melihat peranan yang dimainkan oleh Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai (MUIPP) dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang membantu masyarakat Islam di Pulau Pinang. Dengan ini, dapatlah dinilaikan sama ada MUIPP telah berjaya atau sebaliknya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Pengkaji telah membahagikan Latihan Ilmiah ini kepada lima bab seperti yang tercatit di bawah. Dalam bab I, pengkaji telah memberikan perihalan tentang masalah kajian iaitu persoalan yang cuba dilihat oleh pengkaji. Juga tentang tujuan kajian, kaedah-kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengumpulkan data serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan penyelidikan dan penulsian latihan ilmiah ini. Dalam bab II, pengkaji menekankan kepada konsep-konsep zakat seperti pengertian zakat yang telah dibincangkan dengan agak penajg lebar. Pengkaji juga menyentuh tentang sejarah perkembangan zakat serta balasan Allah ke atas golongan yang enggan membayar zakat. Kemudiannya, pengkaji membincangkan secara terperinci mengenai jenis-jenis zakat dan hukum-hakam yang telah ditetapkan ke atasnya. Dalam bab III, sejarah penubuhan Pulau Pinang, sejarah perkembangan Islam di Pulau Pinang dn latar belakang penubuhan MUIPP menjadi tumpuan pengkaji. Kemudiannya perbincangan ditekankan kepada Bahagian Pentadbiran Zakat dan Fitrah di MUIPP. Di dalam bab ini juga, pengkaji banyak memberikan data mengenai responden yang telah pengkaji kutip dari penyelidikan yang telah pengkaji jalankan seperti umur, pekerjaan, pendapatan dan bilangan anak responden. Dalam bab IV pengkaji mengkhususkan perbincangan kepada pentadbiran zakat dan fitrah oleh MUIPP. Bab ini agak penting kerana dari sinilah dapat dinilaikan sama ada MUIPP telah benar-benar menjalankan tanggungjawab atau tidak. Ini kerana bab ini banyak menekankan kepada cara-cara MUIPP menjalankan pentadbirannya. Bab ini juga mendedahkan tenatng pendapatan can corak perbelanjaan yang diamalkan oleh MUIPP serta kelemahan dan kejayaan yang dicapainya selama ia ditubuhkan. Dalam bab V, pengkaji memberikan kesimpulan ke atas segala hal yang telah dibincangkan di dalam latihan ilmiah ini. Pengkaji juga memberikan sedikit saranan dan cadangan yang diharapkan dapat membantu semua pihak menjadikan pentadbiran MUIPP lebih berkesan.
|
---|