Wanita: Penuaan dan putus haid: Satu kajian di kalangan masyarakat Cina di daerah Batu Pahat, Johor / Wendy Lim Hui Thing

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji golongan wanita Cina di bandar rnengenai cara mereka bertindak ke atas proses penuaan dan putus haid. Bab I menghuraikan objektif bidang, kepentingan, metodologi dan masalah masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan serta cara mengatasinya. Dalam bab ini juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wendy Lim, Hui Thing
Format: Thesis
Published: 1992
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11259/1/wendy_lim_hui_thing.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11259/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji golongan wanita Cina di bandar rnengenai cara mereka bertindak ke atas proses penuaan dan putus haid. Bab I menghuraikan objektif bidang, kepentingan, metodologi dan masalah masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan serta cara mengatasinya. Dalam bab ini juga diterangkan bagaimana ahli responden dipilih dan latarbelakang para responden serta tempat kajiannya. Bab II membincangkan persepsi dan sikap wanita Cina terhadap kedua-dua proses penuaan dan putus haid. Penerangan akan diberi kepada dua proses tersebut. Di samping itu juga akan disentuh mengenai teori antropologikal yang berkenaan dengannya. Seterusnya perbincangan juga ditumpukan pada pembentukan sosial dan budaya masyarakal Cina tradisional, persepsi dan sikap rnereka terhadap penuaan dan putus haid serta perkaitan yang wujud di antara kedua-dua proses ini. Bab III meneliti jenis simptom-simptom putus haid yang wujud dan adakah simptom-simptom ini hadir di kalangan masyarakat yang dikaji. Sementara itu, akan dilihat juga bagaimana persepsi dan sikap seseorang itu akan mempengaruhi simptom-simptom yang mungkin dilaluinya itu. Bab IV mengemukakan jenis rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang wujud dan setakat manakah rawatan di dapati oleh masyarakat yang dikaji ini. Di samping itu akan dihuraikan mengenai Terapi Penggantian Estrogen (TPE), kesan dan kontroversi yang ujud terhaddpnya. Seterusnya akan juga dibincangkan mengenai jenis rawatan alternatif yang lain. Bab V akan menerangkan kesimpulan yang telah dibuat oleh pengkaji dari hasil penyelidikannya ini / Di samping itu, pengkaji juga telah memberi pendapat serta cadangan supaya proses penuaan dan putus haid di kalangan masyarakat wanita akan diberi lebih perhatian.