Aspek-aspek sosiologi dari gerakan pelajar (suatu analisa kritikal) / Hashim Mohamed
Keberangan, kegelisahan, demonstrasi dan gerakan pelajar dianggap oleh ramai orang sebagai suatu finomenan sosial yang bersifat problematik, iaitu seperti masalah-masalah sosial yang lain, seumpamanya dadah, jenayah dan maksiat yang perlu dipatahkan. Sebenarnya gerakan pelajar (kalau pun boleh dian...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1975
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12354/1/Hashim_Mohamed.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12354/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Keberangan, kegelisahan, demonstrasi dan gerakan pelajar
dianggap oleh ramai orang sebagai suatu finomenan sosial yang bersifat problematik, iaitu seperti masalah-masalah sosial yang lain, seumpamanya dadah, jenayah dan maksiat yang perlu dipatahkan. Sebenarnya gerakan pelajar (kalau pun boleh dianggap sebagai suatu masalah) perlu dikaji dengan mendalam untuk difahami, tetapi bukan untuk diselar semata-mata, kerana '.....sebahagian besar dari
keliaran dan keruntuhan moral anak-anak kita sekarang adalah akibat dari kelalian, kesalahan dan kerakusan kita sendiri. Dalam banyak hal, sesiapa saja boleh mengatakan bahawa sebarang tindakan agutasi dari pelajar sejak akhir-akhir ini merupakan perbuatan yang salah, melanggar undang-undang dan membahayakan keamanan negara, tetapi amat sukar pula bagi kita merenung sambil mencari rasionaliti-rasionaliti darinya, kerana kita selalunya dibendung oleh sifat bias dan prasangka kita sendiri. Kerana itulah perlu sekali finomenan ini diberi perhatian yang serius dan penuh dengan perasaan tanggungjawab dalam percubaan kita untuk memahaminya. Sehingga dewasa ini belum lagi terdapat sebarang penulisan atau kajian yang emperikal ke atas finomenan ini istimewanya di Malaysia. |
---|