Peniaga dan perniagaan bumiputera di kompleks-kompleks perniagaan di Kuala Lumpur (Satu kajian di Kompleks Pertama) / Sazali Kamaruddin

Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap peniaga-peniaga bumiputera di Komplek Pertama membeli belah di Bandaraya Kuala Lumpur dengan menjadikan Kompleks Pertama sebagai focus kajian. Ia merupakan kajian yang boleh dianggap baru kerana setakat ini boleh dikatakan tiada kajian yang dibuat mengen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sazali , Kamaruddin
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12677/1/sazali.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12677/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap peniaga-peniaga bumiputera di Komplek Pertama membeli belah di Bandaraya Kuala Lumpur dengan menjadikan Kompleks Pertama sebagai focus kajian. Ia merupakan kajian yang boleh dianggap baru kerana setakat ini boleh dikatakan tiada kajian yang dibuat mengenai peniaga-peniaga bumiputera di kompleks-kompleks membeli belah. Ia mempunyai berbagai tujuan di mana salah satu daripada yang terpenting ialah untuk mencari apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh para peniaga bumiputera tersebut. Dalam knteks ini, hasil-hasil kajian ini mendapati beberapa masalah telah mereka hadapi dalam menjalankan usaha-usaha perniagaan mereka. Di antara masalah-masalah itu ialah: I. Kesukaran mendapatkan modal II. Masalah bekalan III. Masalah persaingan IV. Persatuan peniaga yang tidak efektif V. Masalah lokasi dan kadar sewa yang tinggi Kajian ini juga menunjukkan bahawa ramai peniaga-peniaga bumiputera di sini mempunyai sikap dingin terhadap kerajaan terutama terhadap badan-badannya yang dipertanggungjawabkan bagi membantu peniaga-peniaga bumiputera seperti UDA dan MARA akibat dari berbagai sebab.