Sistem pengambilan pekerja: Satu kajian perbandingan antara corak pengurusan Cina dan Jepun / Tan Ee Hong
Latihan ilmiah yang disediakan oleh pengkaji adalah bertajuk, " Sistem Pengambilan Pekerja: Satu Kajian Perbandingan Antara corak Pengurusan Cina dan Jepun." Kajian ini merupakan satu kajian sosiologi industri tentang corak pengurusan perniagaan. Tumpu khas adalah ke atas sistem pengambila...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1994
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/13119/4/tan_ee_hong.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/13119/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Latihan ilmiah yang disediakan oleh pengkaji adalah bertajuk, " Sistem Pengambilan Pekerja: Satu Kajian Perbandingan Antara corak Pengurusan Cina dan Jepun." Kajian ini merupakan satu kajian sosiologi industri tentang corak pengurusan perniagaan. Tumpu khas adalah ke atas sistem pengambilan pekerja bagi kedua masyarakat Cina dan Jepun. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan sistem pengambilan pekerja bagi kedua masyarakat tersebut dengan pengaruh ciri kebudayaan iaitu pengamalan naungan keluarga dalam perniagaan. Bab I merupakan pengenalan ke atas tajuk latihan ilmiah. Ia menghuraikan tujuan dan kepentingan kajian serta penyata masalah yang merupakan petunjuk kajian latihan ilmiah ini. Di samping itu, bab ini juga menyatakan sampel kajian dan responden, kaedah penyelidikan yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian tersebut. Bab II adalah berbunyi, " Pengurusan Sumber Manusia " di mana pengkaji telah menjelaskan proses pengambilan pekerja. Proses pengambilan pekerja adalah meliputi analisa pekerjaan, rekrutmen, pemilihan pekerja dan penawaran pekerjaan. Konsep naungan keluarga dalam perniagaan merupakan satu konsep yang penting bagi tujuan kajian ini dan ia telah dipaparka dalam bab III. Dalam itu, pengkaji menjelaskan latar belakang masyarakat Cina dan Jepun yang mana akhirnya telah menghasilkan pengamalan konsep naungan keluarga dalam bidang perniagaan masyarakat tersebut. Bab IV adalah penghuraian latar belakang sampel kajian yang mengandungi jenis perkhidmatan yang ditawarkan, rangkaian perniagaan, pemilikan dan pembahagian saham organisasi, struktur pentadbiran dan latar belakang responden. Selepas pengenalan ke atas latar belakang sampel kajian, bab yang seterusnya dalam bab V adalah mengenai analisa hasil kajian. Penyusunan bab ini adalah merupakan susunan jawapan ke atas penyata masalah yang dipaparkan dalam bab satu. Bab VI adalah penghuraian tentang kelebihan dan kekurangan proses pengambilan pekerja dalam kedua sampel kajian. Ia dijelaskan mengikut dua bahagian iaitu polisi pentadbiran sumber manusia dan penelitian konsep naungan keluarga dalam perniagaan Akhir sekali dalam bab VII yang juga merupakan bab penutup, satu penghuraian keseluruhan telah ditulis untuk menyimpulkan kajian latihan ilmiah ini.
|
---|