Pemikiran maqasid al-Shari’ah Yusuf al-Qaradawi dan Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti: Satu kajian perbandingan / Muhammad Safwan Harun
Mutakhir ini, teori maqāṣid al-sharī’ah mahupun aplikasinya dalam hukum Islam telah diwacanakan secara meluas oleh kebanyakan sarjana Islam. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana ini ialah al-Qaraḍāwī dan al-Būṭī. Namun begitu, pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara kedua-dua tokoh tersebut...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/13920/1/Muhammad_Safwan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/13920/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Mutakhir ini, teori maqāṣid al-sharī’ah mahupun aplikasinya dalam hukum Islam telah diwacanakan secara meluas oleh kebanyakan sarjana Islam. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana ini ialah al-Qaraḍāwī dan al-Būṭī. Namun begitu, pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara kedua-dua tokoh tersebut seolah-olah mempunyai perbezaan yang jelas. Ini kerana, dari perspektif al-Qaraḍāwī maqāṣid al-sharī’ah merupakan sesuatu yang mesti dihasilkan. Berbeza dengan al-Būṭī yang menganggap maqāṣid al-sharī’ah akan dicapai melalui perlaksanaan hukum-hukum yang telah disyariatkan dengan nas syarak secara mutlak. Perbezaan tersebut semakin jelas yang dapat disaksikan dalam fatwa-fatwa mereka misalnya isu al-khurūj ‘alā al-hukkām yang menghasilkan dua pandangan berbeza berasaskan pertimbangan maqāṣid al-sharī’ah. Faktor yang sama turut mengakibatkan perbezaan pandangan dalam bidang fekah ibadat, fekah muamalat, fekah politik dan fekah wanita. Lantaran itu, timbul beberapa persoalan yang perlu dikaji antaranya tentang konsep maqāṣid al-sharī’ah menurut dua tokoh ini, aplikasi maqāṣid al-sharī’ah tokoh dalam perbahasan hukum Islam dan bentuk pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara dua tokoh tersebut. Persoalan-persoalan ini telah melahirkan tiga objektif yang melandasi kajian ini iaitu menjelaskan pemikiran asas tokoh tentang maqāṣid al-sharī’ah, menghurai aplikasi maqāṣid al-sharī’ah dalam hukum Islam menurut tokoh dan menganalisis perbezaan pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara dua tokoh tersebut. Bagi menyelesaikan objektif tersebut, kajian dijalankan berdasarkan data-data perpustakaan. Data-data tersebut kemudiannya telah dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua tokoh memiliki kepakaran dalam bidang maqāṣid al-sharī’ah. Namun begitu, perbezaan pemikiran dalam bidang ini berlaku lantaran corak pemakaian prinsip seperti ta’āruḍ bayn al-maṣālīh, fiqh al-wāqi’, fiqh al-taysīr, i’tibār al-maālāt dan metode penafsiran nas untuk mencapai maqāṣid al-sharī’ah. Berdasarkan beberapa perbezaan tersebut, kajian merumuskan wujudnya relevansi pemikiran maqāṣid al-sharī’ah al-Qaraḍāwī dengan manhaj iṣlāḥ dan tajdīd. Sementara itu, pemikiran al-Būṭī yang mengekal corak perbahasan maqāṣid al-sharī’ah di zaman awal boleh disifatkan sebagai tradisionalis.
|
---|