Perlucutan kemampuan dan kemiskinan wanita: Kajian kes di beberapa kawasan perumahan kos rendah di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Malaysia / Nithiya Guna Saigaran
Kajian ini mengkaji kemiskinan wan ita menerusi rangka kerja yang baru dan bukan sekadar mengkaji kemiskinan berdasarkan indikator pendapatan dan faktor sosial sahaja. Walaupun, terdapat banyak kajian lalu tentang kemiskinan tetapi kajian mengenai kemiskinan wanita dari perspektif gender dengan a...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2010
|
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14087/2/nithya.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14087/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini mengkaji kemiskinan wan ita menerusi rangka kerja yang baru dan
bukan sekadar mengkaji kemiskinan berdasarkan indikator pendapatan dan faktor
sosial sahaja. Walaupun, terdapat banyak kajian lalu tentang kemiskinan tetapi kajian
mengenai kemiskinan wanita dari perspektif gender dengan aplikasi pendekatan
pelucutan kemampuan jarang dilakukan. Dua pendekatan yang melihat kemiskinan
wanita dari segi pendekatan pelucutan kemampuan yang diperkenalkan oleh Amartya
Sen (1999) dan juga pendekatan gender dan kemiskinan yang diperkenalkan oleh Sylvia
Chant (2003) didapati amat sesuai digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Satu
rangka kerja yang menggabungkan kedua-dua pendekatan ini dapat mendedahkan
bagaimana ketaksamaan gender dalam pelbagai aspek kehidupan wanita miskin
umpamanya dari segi sosialisasi anak-anak, pendidikan, pekerjaan, kesihatan,
pengangkutan, keganasan rumah tangga dan juga tahap penglibatan mereka dalam
membuat keputusan menyumbang kepada pelucutan kemampuan wanita miskin.
Dapatan kajian menunjukkan bagaimana gender sebagai satu konstruk sosial berhubung
kait dengan kemiskinan wanita melalui pembentukan peranan dan status mereka yang
tidak seimbang dalam masyarakat di mana kebanyakan mereka memegang peranan
sebagai suri rumah dan bukannya sebagai pencari nafkah. Selain daripada itu, didapati
juga ketaksamaan gender wujud dalam kehidupan wanita miskin bandar seperti dalam
pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan, penglibatan dalam arena publik, proses
sosialisasi keluarga dan juga dalam aspek kepimpinan dan membuat keputusan
mendorong pelucutan kemampuan wanita berfungsi secara efektif dalam menyelesaikan
masalah kemiskinan yang dialami oleh mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapati
bahawa ketaksamaan gender yang wujud dalam isu keganasan rumah tangga
melumpuhkan keupayaan wanita untuk berfungsi secara aktif di dalam arena publik.
Keadaan ini bukan sahaja merumitkan lagi masalah kemiskinan yang dialami oleh
wanita tersebut malah meninggikan potensi wanita-wanita ini menjadi mangsa
kemiskinan yang lebih mudarat. Selain itu, kajian kemiskinan ini juga menjelaskan
bagaimana keganasan rumah tangga dan kemiskinan saling berkaitan dan bagaimana ia
melucutkan kemampuan seseorang wanita dengan mewujudkan ketaksamaan gender
dan mengekalkan mereka dalam keadaan kemiskinan. Dari segi masalah kewangan
didapati bahawa wanita miskin bandar juga dipertanggungjawabkan dan ketaksamaan
gender yang wujud menjadi penghalang bagi menyelesaikan masalah kemiskinan
mereka dengan melucutkan kemampuan wanita untuk mencari pendapatan. Selain itu,
kaj ian juga mengidentifikasikan strategi-strategi di kalangan wan ita miskin bandar
dalam menghadapi masalah kemiskinan umpamannya seperti menggunakan simpanan
wang, perancangan perbelanjaan bulanan, memohon bantuan kebajikan, mencari kerja
sambilan, melakukan perniagaan sendiri serta berhutang dengan pelbagai sumber.
Daripada kesemua strategi ini, didapati bahawa strategi berhutang dengan pelbagai
sumber menjadi pilihan utama wanita miskin. Pilihan seterusnya adalah bergantung
kepada suami mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi dalam isi
rumah. Kesimpulannya, kaj ian kemiskinan wan ita miskin ban dar yang dilakukan di
beberapa kawasan perumahan kos rendah di Lembah Klang menunjukkan bagaimana
ketaksamaan gender membawa kepada pelucutan kemampuan wanita miskin.
Ketaksamaan gender yang wujud dalam pelbagai aspek kehidupan wanita menyumbang
kepada pelucutan kemampuan wanita tersebut dan seterusnya memberi impak negatif
ke atas kehidupan mereka dengan merumitkan lagi masalah kemiskinan yang dialami
mereka.
|
---|