Takhrij hadith masyhur berkaitan al-Fada'il: kajian kefahaman dan pengamalannya dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di Negeri Johor / Mohd Shukri Mohd Senin
Penyebaran hadith palsu dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini amat membimbangkan apatah lagi dengan perkembangan teknologi dan kemunculan media sosial yang menjadi pemangkin kepada penularannya. Segelintir penceramah agama juga memetik hadith palsu di dalam ceramahnya dan sekali gus menyaksi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14666/1/Mohd_Shukri.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14666/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Penyebaran hadith palsu dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini amat membimbangkan apatah lagi dengan perkembangan teknologi dan kemunculan media sosial yang menjadi pemangkin kepada penularannya. Segelintir penceramah agama juga memetik hadith palsu di dalam ceramahnya dan sekali gus menyaksikan masyarakat terutamanya yang cetek ilmu agama akan menerimanya dan menjadikannya sebagai panduan serta amalan hidup. Namun isu ini menjadi lebih besar apabila hadith palsu itu dijadikan amalan dan kepercayaan sehingga menyesatkan akidah umat Islam yang menerimanya tanpa merujuk kepada sumber dipercayai dan bertauliah. Hadith palsu merupakan kata-kata yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sedangkan perkara tersebut tidak pernah disebut, dilakukan atau diperakukan baginda. Hadith palsu menjejaskan akidah, memesongkan kefahaman tentang alam ghaib dan merupakan fitnah akhir zaman yang berlaku dengan mengamalkan hadith yang tidak dapat dipastikan kebenarannya selain terlalu yakin dengan suatu ganjaran pahala atau hukuman yang tidak benar. Bukan sedikit golongan yang beramal dengan hadith palsu termasuklah segelintir ahli agama yang turut merujuk kepada karya-karya yang belum disemak dan dikenalpasti sumber takhrij hadithnya. Justeru, kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti martabat hadith-hadith berkaitan fadilat yang dijadikan sebagai sumber utama di dalam rujukan pengamalan lantaran penyebarannya melalui penulisan di dalam buku-buku bacaan umum semakin tersebar di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini hanya memfokuskan kepada hadith-hadith fadilat yang berjumlah 212 buah hadith yang terdapat di dalam lima buah buku berkaitan hadith yang terpilih. Kaedah penentuan martabat bagi hadith-hadith tersebut adalah melalui kaedah takhrij dengan mengambil kira pandangan 'ulama'-'ulama' hadith. Hasil dapatan takhrij mendapati sebanyak 86 buah hadith (41%) adalah sahih, 11 buah hadith (5%) adalah sahih lighayrihi, 6 buah hadith (3%) adalah hasan, 1 buah hadith (1%) adalah hasan lighayrihi, 36 buah hadith (17%) adalah da'if, 10 buah hadith (5%) adalah da'if jiddan, 22 buah hadith (10%) adalah mawdu', 24 buah hadith (11%) adalah la asl lah, 6 buah hadith (3%) adalah tidak ditemui, 5 buah hadith (2%) adalah hadith mawquf dan 5 buah hadith (2%) pula adalah hadith maqtu'. Selain itu juga, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman dan pengamalan berkaitan hadith-hadith fadilat dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di daerah Pasir Gudang, Johor. Metodologi pengumpulan data yang digunakan ialah melalui instrumen borang soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Seramai 291 orang guru dijadikan subjek ataupun sampel kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Ujian perbandingan min adalah bagi melihat perbezaan min dan kewujudan perbezaan yang signifikan berkaitan tahap kefahaman dan pengamalan di kalangan sampel kajian. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman guru-guru pendidikan Islam di daerah Pasir Gudang, Johor berkaitan hadith-hadith fadilat adalah berada di tahap sederhana tinggi dengan nilai skor min 3.89 manakala tahap pengamalan mereka pula secara keseluruhannya juga berada di tahap sederhana tinggi dengan nilai skor min 3.34.
|
---|