Keberadaan hadith Mawdu‘ dalam karya-karya Jawi: Kajian terhadap persepsi masyarakat Islam di Kelantan / Ahmad Za’im Sabirin Mohd Yusoff
Kitab-kitab Jawi karangan ulama Nusantara merupakan karya istimewa dan penting bagi masyarakat Islam di Alam Melayu untuk mendalami agama Islam secara terperinci. Karya-karya ini dihiasi dengan kandungan daripada potongan ayat al-Quran dan rangkaian teks-teks hadith Nabawi yang digunakan sebagai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14763/2/Ahmad_Za'im_Sabirin.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14763/1/Ahmad_Za%E2%80%99im_Sabirin.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14763/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kitab-kitab Jawi karangan ulama Nusantara merupakan karya istimewa dan penting bagi
masyarakat Islam di Alam Melayu untuk mendalami agama Islam secara terperinci.
Karya-karya ini dihiasi dengan kandungan daripada potongan ayat al-Quran dan
rangkaian teks-teks hadith Nabawi yang digunakan sebagai dalil perbahasan keagamaan
telah diangkat sebagai bahan rujukan utama pengajaran dan pengajian secara bertalaqqi
di pusat-pusat pengajian pondok, masjid dan surau. Malangnya, karya sebegini telah
dikenal pasti dan terbukti memuatkan hadith-hadith yang tidak berautoriti dan palsu
melalui kajian-kajian takhrij dan tahqiq oleh para sarjana di peringkat pengajian tinggi.
Bahkan diburukkan lagi dengan penyebaran hadith-hadith mawḍū‘ melalui wadah yang
cukup pantas dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja tanpa ada sempadan. Persoalannya
sejauh manakah hadith-hadith tersebut menular dalam kalangan masyarakat dan persepsi
umat Islam khususnya masyarakat Melayu Islam di Kelantan terhadap hadith mawḍū‘
dari aspek aqidah dan ibadah. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perkembangan
penyelidikan hadith mawḍū‘ di Malaysia, mengenal pasti metodologi penukilan hadith
dalam karya-karya Jawi, seterusnya menganalisis hadith-hadith mawḍū‘ dalam karyakarya
Jawi terpilih dari sudut status dan pandangan-pandangan ulama hadith serta
selanjutnya menganalisis keberadaan hadith-hadith mawḍū‘ yang masyhur dan persepsi
masyarakat Islam di Kelantan. Kajian ini bersifat kajian kuantitatif yang melibatkan
metode pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan iaitu observasi
dan soal selidik. Keseluruhan data yang dikumpul termasuk data soal selidik daripada 53
responden seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan
perisian SPSS versi 22. Hasil kajian mendapati terdapat 15 hadith mawḍū‘ dalam keseluruhan tiga [3] kitab Jawi terpilih iaitu; empat [4] hadith dalam kitab Bughyah al-
Ṭullāb, tiga [3] hadith dalam Hidāyah al-Sālikīn dan lapan [8] hadith dalam kitab al-
Yawāqīt wa al-Jawāhir. Akhir sekali, kajian telah mengenal pasti persepsi masyarakat
dalam berinteraksi dengan hadith mawḍū‘ dari aspek aqidah dan ibadah yang sangat
ketara dan perlu dibendung supaya generasi akan datang bebas daripada dibelenggu
dengan hadith-hadith mawḍū‘ ini.
|
---|