Isu-isu khilafiah di Malaysia menurut perspektif Qiyas al-Shabah / Nik Mohd Sofa’urrahman Nik Mohd Rosdi

Isu-isu khilafiah di Malaysia menjadi suatu polemik yang tidak sihat. Setiap isu yang berbaur unsur kekeliruan, akan dikritik oleh para agamawan yang tidak sealiran. Perselisihan dalam isu-isu khilafiah menjadi suatu nilai negatif apabila ianya dibahaskan secara terbuka dalam kalangan masyarakat. Ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Mohd Sofa’urrahman , Nik Mohd Rosdi
Format: Thesis
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15185/2/Nik_Mohd_Sofa'Urrahman.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15185/1/Nik_Mohd_Sofa%E2%80%99urrahman.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15185/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Isu-isu khilafiah di Malaysia menjadi suatu polemik yang tidak sihat. Setiap isu yang berbaur unsur kekeliruan, akan dikritik oleh para agamawan yang tidak sealiran. Perselisihan dalam isu-isu khilafiah menjadi suatu nilai negatif apabila ianya dibahaskan secara terbuka dalam kalangan masyarakat. Manakala Qiyas al-Shabah merupakan perbincangan Usul Fiqh dan merupakan metodologi yang digunakan dalam mencari `illah dalam sesuatu nas dan isu. Implementasi Qiyas al-Shabah dalam sesuatu isu, akan melibatkan beberapa proses penceraian sudut pandang daripada sesebuah isu. Kadang-kala qiyas yang digunakan dalam sesuatu isu, terdapat sedikit kelompangan dan ketidaksempurnaan. Teori Qiyas al-Shabah dilihat sebagai instrumen yang sesuai dan tepat untuk diketengahkan dalam menilai kembali isu-isu agama terpilih yang sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, kajian ini bertujuan menilai kembali kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh sebahagian agamawan berhubung isu yang diperselisihkan. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk kualitatif kerana ia berkaitan dengan sesuatu teori untuk diimplementasikan terhadap sesuatu isu dan kes. Proses pengumpulan data dilaksanakan berdasarkan kaedah kepustakaan dan kajian kes. Metode yang akan diterapkan dalam analisis ialah metode induktif, metode deduktif, analisis dan metode komparatif. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa antara faktor yang menyebabkan berlaku perselisihan adalah kerana tidak mengambil qiyas shabah yang tepat di dalam sesuatu isu sehingga mengundang pendapat yang terkeluar daripada konteks sebenar yang perlu dipertikaikan. Selain itu, dikenalpasti titik pertembungan pendapat yang lebih tepat. Tambahan itu, didapati punca sebenar perbalahan yang lebih praktikal seperti isu pengucapan istilah “menyalahi sunnah”.