Pembinaan model konsep kendiri pelajar tingkatan empat / Zahari Ishak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan model penuh berstruktur (a priori) konsep kendiri di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Kajian ini menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan membina dan menguji model pengukuran konsep kendiri, model p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Zahari
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/4395/3/kulit.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4395/4/tiada_m.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4395/2/kontent.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4395/1/BAB_semua.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/4395/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan model penuh berstruktur (a priori) konsep kendiri di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Kajian ini menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan membina dan menguji model pengukuran konsep kendiri, model pengukuran perapatan kekeluargaan dan model pengukuran pengalaman pelajar di sekolah. Akhir sekali, satu model penuh a priori konsep kendiri dibina bersandarkan pada teori dan sorotan literatur. Model penuh a priori yang dicadangkan diuji sama ada konstruk yang dipilih fit dengan baik dan boleh mewakili data kajian. Analisis berikutnya adalah untuk menguji kesan langsung dan tidak langsung ke atas konstruk konsep kendiri melalui pengalaman pelajar di sekolah dan perapatan kekeluargaan. Satu set alat ukur telah dibina dan diadaptasi daripada instrumen CoPS UM dan telah ditadbirkan di Sekolah Berasama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Harian Biasa, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Agama Berasrama Penuh. Seramai 1167 responden telah digunakan dalam analisis ini. Pada peringkat awal Analisis Faktor Eksploratori (EFA) dan Analisis Faktor Konfirmatori (CFA) dijalankan untuk menentukan konstruk terbaik bagi mewakili pemboleh ubah laten yang dikaji. Dalam analisis Model Persamaan Berstruktur (SEM), kesemua model pengukuran ubah suai susun atur pertama dan model pengukuran susun atur kedua didapati fit dengan baik. Ini adalah kerana nilai GFI, TLI, CFI berada pada paras 0.9 ke atas manakala nilai RMSEA berada di bawah 0.06. Seterusnya, dalam model penuh a priori ubah suai konsep kendiri juga fit dengan data emprikal pada nilai [�²/df = 2.632, CMIN =3956.53, df = 1503, p = < .05, IFI = 0.913, TLI = 0.908, CFI = 0.913, RMSEA = 0.037] Analisis seterusnya melibatkan ujian kesan langsung dan tidak langsung ke atas model penuh a priori ubah suai. Hasil dapatan menunjukkan terdapat kesan langsung dan kesan tidak langsung pada konstruk perapatan kekeluargaan ke atas konsep kendiri melalui pengalaman pelajar di sekolah sebagai mediator. Di samping itu, dapatan juga menunjukkan terdapat kesan langsung yang pada konsruk perapatan kekeluargaan ke atas pengalaman pelajar di sekolah dan juga pada pengalaman pelajar di sekolah ke atas konsep kendiri. Selain daripada itu, kesan tidak langsung juga terdapat pada konstruk perapatan kekeluargaan ke atas konsep kendiri fizikal, konsep kendiri akademik dan konsep kendiri sosial melalui konsep kendiri yang berfungsi sebagai mediator. Seterusnya, kesan tidak langsung juga didapati pada konstruk perapatan kekeluargaan ke atas pengiktirafan pelajar terhadap sekolah, layanan pihak sekolah terhadap pelajar dan pengalaman pelajar dengan guru melalui pengalaman pelajar di sekolah yang berfungsi sebagai mediator. Akhir sekali, kesan tidak langsung juga didapati pada konstruk pengalaman pelajar di sekolah ke atas konsep kendiri fizikal, konsep kendiri akademik dan konsep kendiri sosial melalui konsep kendiri yang berfungsi sebagai mediator.