Pembiayaan pendidikan melalui wakaf di Aceh: Kajian kes di dayah terpilih / Zarkasyi
Wakaf telah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Aceh semenjak Islam masuk ke Nusantara, antaranya adalah amalan wakaf dalam pembangunan institusi pendidikan dayah di seluruh Aceh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan wakaf di Aceh, menganalisa pembiayaan pendididikan melalui wak...
Saved in:
Summary: | Wakaf telah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Aceh semenjak Islam masuk ke
Nusantara, antaranya adalah amalan wakaf dalam pembangunan institusi pendidikan dayah
di seluruh Aceh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan wakaf di Aceh,
menganalisa pembiayaan pendididikan melalui wakaf di Aceh dan menganalisa halangan
dalam pembiayaan pendidikan melalui wakaf di Aceh. Metode yang digunakan adalah
metode kualitatif, data diperolehi menerusi sesi temu bual dan kajian kepustakaan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa potensi pembangunan wakaf di Aceh sangat besar, namun
potensi yang besar itu belum mampu memberikan impak yang besar dalam
mensejahterakan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan. Wakaf telah
berperanan dalam pembiayaan pendidikan di Aceh dari aspek menyediakan tanah untuk
tapak pembinaan dayah. Wakaf juga mempunyai peranan dalam menyediakan bangunan
dayah, namun aspek wakaf produktif masih belum memberikan peranan yang signifikan
dalam menanggung kos operasi pendidikan dayah. Halangan dalam pembiayaan pendidikan
melalui wakaf didapati berpunca daripada pihak nazir, kerajaan dan masyarakat. Secara
keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa wakaf memiliki peranan dalam
pembiayaan pendidikan di Aceh, namun wakaf belum dimanfaatkan sepenuhnya |
---|