Pandangan R.O. Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu / Mohd Farhan Abd Rahman
Kemunculan kuasa penjajah telah meninggalkan impak yang besar kepada Alam Melayu. Golongan ini bukan sahaja datang membawa agenda politik dan ekonomi melalui kegiatan penjajahan, tetapi juga untuk mengubah cara hidup masyarakat, corak pemikiran dan kepercayaan beragama. Bagi mengkaji sudut pandangan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5056/1/BAB_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/2/BAB_2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/3/BAB_3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/4/BAB_4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/5/BAB_5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/6/BIBLIOGRAFI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/7/LAMPIRAN_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/8/LAMPIRAN_II.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/9/PRELIMINARI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/10/muka_depan_thesis.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/11/Pembahagian_Bab.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/12/TULANG_TEPI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5056/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kemunculan kuasa penjajah telah meninggalkan impak yang besar kepada Alam Melayu. Golongan ini bukan sahaja datang membawa agenda politik dan ekonomi melalui kegiatan penjajahan, tetapi juga untuk mengubah cara hidup masyarakat, corak pemikiran dan kepercayaan beragama. Bagi mengkaji sudut pandangan sarjana pentadbiran British mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu, pengkaji telah memilih R.O. Winstedt sebagai rujukan khusus dalam menyempurnakan kajian ini. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi dan temubual, seterusnya dianalisis dengan menggunakan metode pensejarahan, metode perbandingan dan metode analisis kandungan. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan pemikiran Winstedt dengan sarjana orientalis terdahulu serta mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh orientalis dalam kajian mereka terhadap Islam yang selama ini menjadi rujukan sarjana pentadbiran British. Objektif utama adalah untuk menganalisis pandangan Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu. Hasil analisis mendapati beliau menggunakan sudut pandangan bersifat skeptikal dalam menilai undang-undang Islam di Tanah Melayu. Perkara ini berdasarkan metode yang diaplikasi oleh orientalis terdahulu bagi menjelaskan kelemahan undang-undang Islam. Winstedt menggambarkan sistem perundangan Islam di Tanah Melayu melalui gambaran yang negatif seperti zalim, ketinggalan zaman dan sebagainya. Beliau gagal dalam memahami masyarakat Melayu disebabkan latar belakang pemikiran yang berkonsepkan Euro-centrism dan mengabaikan peranan Islam di Tanah Melayu. Justeru, segala pandangan yang dilontarkan oleh Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu merupakan sudut penilaian yang berat sebelah. Berdasarkan pendekatan orientalis terdahulu, Winstedt berpendapat pihak British bertanggungjawab dalam membina tamadun bangsa lain khususnya yang beragama Islam sekiranya menginginkan kemajuan dalam kehidupan. Sikap ini telah meletakkan mereka sebagai “ambassador of civilization”. |
---|