Pelaksanaan zakat pertanian di Malaysia berdasarkan maqasid syari'ah / Muhamad Firdaus Ab Rahman
Realiti zakat pertanian di Malaysia mengutamakan qaul Imam Syafi`e berbanding qaul-qaul mazhab lain. Pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau yang telah dikorporatkan hanya mengenakan zakat pertanian terhad kepada makanan asasi iaitu padi sahaja dan ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5063/8/HALAMAN_DEPAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/9/Jadual_Transliterasi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/1/AWALAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/2/BAB_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/3/BAB_2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/4/BAB_3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/5/BAB_4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/6/BAB_5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/7/BIBLIOGRAFI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5063/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Realiti zakat pertanian di Malaysia mengutamakan qaul Imam Syafi`e berbanding qaul-qaul mazhab lain. Pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau yang telah dikorporatkan hanya mengenakan zakat pertanian terhad kepada makanan asasi iaitu padi sahaja dan kebanyakan negeri mengenakan taksiran zakat pertanian ke atas hasil kasar tanpa sebarang penolakan kos-kos. Kajian ini bagi menganalisis dan meneliti zakat pertanian dalam konteks Malaysia serta mengkaji transformasi isu perluasan hasil zakat pertanian kepada tanaman selain padi dan kewajaran penolakan kos-kos pertanian berdasarkan maqasid syari’ah. Berdasarkan dinamika syariat Islam, fleksibiliti hukum adalah berdasarkan maqasid syari’ah meliputi maslahah semasa dan setempat. Justeru, kajian ini menganalisis zakat pertanian semasa melibatkan pembuat dasar iaitu Jabatan Mufti Negeri dan pihak pengurusan zakat iaitu Baitulmal Negeri. Kajian dilakukan menggunakan data primer iaitu temu bual bersama Jabatan Mufti Negeri dan Baitulmal Negeri di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Sarawak. Penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil penyelidikan menunjukkan hasil zakat pertanian boleh diperluaskan berdasarkan pendapat Imam Abu Hanifah yang lebih bertepatan dengan maslahah ekonomi pertanian semasa di Malaysia. Begitu juga kewajaran penolakan kos-kos pertanian termasuklah kos operasi tanaman dan kos sara diri demi menjamin maslahah daruri para petani serta tanggungannya. |
---|