Analisis pelaksanaan akad mudarabah dalam pembiayaan industri kecil dan sederhana di Bank Syariah Mandiri Jakarta, Indonesia / Asri Noer Rahmi

Disertasi ini membincangkan tentang teori akad al-mudarabah dalam pembiayaan Industri kecil dan sederhana seperti yang dikembangkan oleh para fuqaha klasik dalam penulisan fiqh mereka dan aplikasinya dalam amalan Bank Islam iaitu Bank Syariah Mandiri Jakarta, Indonesia. Al-muÌÉrabah ialah akad perko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahmi, Asri Noer
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5070/1/ASRI_NOER_RAHMI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5070/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Disertasi ini membincangkan tentang teori akad al-mudarabah dalam pembiayaan Industri kecil dan sederhana seperti yang dikembangkan oleh para fuqaha klasik dalam penulisan fiqh mereka dan aplikasinya dalam amalan Bank Islam iaitu Bank Syariah Mandiri Jakarta, Indonesia. Al-muÌÉrabah ialah akad perkongsian antara pemodal dan usahawan untuk melakukan sesuatu pelaburan yang halal dan menguntungkan, keuntungan dari pelaburan akan diagihkan di antara kedua-dua pihak berdasarkan persetujuan bersama-sama semasa akad dan jika ada kerugian ditanggung oleh pemodal dengan syarat kerugian itu tidak disebabkan oleh kecuaian dan sikap tidak amanah usahawan dalam al-mudarabah. Bank Syariah Mandiri ini juga beroperasi menggunakan prisnip Syariah seperti al-wadiah, al-mudarabah, al-istisna, bay’ al-salam, al-ijarah dan sebagainya dalam operasi, pembiayaan dan perkhidmatan. Dalam kajian ini didapati bank ini mengamalkan prinsip al-mudarabah dalam operasi akaun deposit dan pembiayaannya yang selari dengan syariah.