Kitaran hidup bintang : kajian komparatif antara tafsiran Al-Quran dan teori saintifik / Nurul Hidayah binti Awang @ Ab Rahman
Kitaran hidup bintang sukar dihitung kerana tempoh hayat bintang menjangkaui jutaan tahun. Justeru, kajian ini bertujuan merungkai permasalahan kitar hidup sesuatu bintang. Metod komparatif di antara nas-nas al-Quran dan teori sains digunakan dengan merujuk kitab-kitab tafsir serta buku-buku astrono...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5085/1/1_MUKA_DEPAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/2/2_DEDIKASI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/3/3__ABSTRAK.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/4/4_JADUAL_TRANSLITERASI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/5/5_SENARAI_JADUAL_DAN_RAJAH.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/6/6_ISI_KANDUNGAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/7/7_BAB_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/8/8_BAB_2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/9/9_BAB_3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/10/10_BAB_4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/11/11_BAB_5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/12/12_BIBLIOGRAFI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5085/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kitaran hidup bintang sukar dihitung kerana tempoh hayat bintang menjangkaui jutaan tahun. Justeru, kajian ini bertujuan merungkai permasalahan kitar hidup sesuatu bintang. Metod komparatif di antara nas-nas al-Quran dan teori sains digunakan dengan merujuk kitab-kitab tafsir serta buku-buku astronomi. Hasil kajian ini mendapati, di dalam al-Quran terdapat tujuh lafaz yang membawa maksud
bintang. Manakala hanya terdapat satu ayat yang menerangkan tentang kelahiran bintang dan satu ayat juga mengenai kematian bintang. Kedua-dua ayat ini merupakan ayat umum yang memerlukan kepada penjelasan yang terperinci.
Dapatan pengintegrasian di antara al-Quran dan sains mendapati lafaz yang merujuk kepada pembentukan bintang adalah dukhan iaitu nebula yang didominasikan gas hidrogen dan helium. Manakala lafaz yang sesuai dikaitkan dengan ayat kematian bintang pula adalah tumisat yang membawa maksud hilang lenyap. Ayat ini boleh dikaitkan dengan bintang kerdil putih bagi bintang berjisim ringan dan lohong hitam bagi bintang berjisim berat, kerana mengikut teori sains sesebuah bintang mengakhiri kehidupannya bergantung kepada jisimnya. Kesimpulannya, tiada
perbezaan di antara ayat-ayat kawniyyah dengan teori sains bagi asas kelahiran dan kematian sesebuah bintang. |
---|