Kajian pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran, Sabah / Sabariah binti Bahrun

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Ia bertujuan untuk melihat pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih dalam aspek kepentingan, komitmen guru dan pihak sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar, penggunaan bahan bantu mengajar, dan aspek-aspek pembelajaran murid. Kaed...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahrun, Sabariah
Format: Thesis
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5115/2/HALAMAN_HADAPAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5115/1/bab_1_2_3_4_5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5115/3/lampiran2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5115/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Ia bertujuan untuk melihat pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih dalam aspek kepentingan, komitmen guru dan pihak sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar, penggunaan bahan bantu mengajar, dan aspek-aspek pembelajaran murid. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik, manakala kaedah kualitatif secara pemerhatian diaplikasikan bagi menyokong soal selidik. Pemilihan sampel soal selidik adalah seramai 74 orang guru pelatih j-QAF ambilan tahun 2007 di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sabah. Manakala pemilihan sampel pemerhatian pula adalah sebanyak lapan buah sekolah rendah. Sebanyak enam soalan kajian telah dikemukakan untuk kajian ini dan analisa data kajian soal selidik menggunakan perisian SPSS dengan mempersembahkan kekerapan, peratus, min dan korelasi Pearson. Manakala analisis pemerhatian menggunakan kekerapan telah diaplikasikan bagi menyokong dapatan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian tahap tinggi (min 3.0 – 3.96) untuk aspek kepentingan, komitmen guru dan sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar dan penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala tahap sederhana tinggi (min 2.5 – 2.99) terhadap aspek-aspek pembelajaran murid dalam model-model j-QAF telah dicapai. Dalam kajian ini, dapatan pemerhatian telah menyokong dapatan soal selidik. Diharap maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu guru j-QAF dan pihak berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kurikulum j-QAF untuk menjamin keperkasaan Pendidikan Islam.