Penggunaan bone China menurut perspektif syarak / Norhidayah binti Pauzi

Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang (bone ash), kaolin, dan Cornish stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pauzi, Norhidayah
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5122/8/MUKA_HADAPAN_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/9/PENDAHULUAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/5/BAB_PERTAMA_.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/1/BAB_KEDUA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/4/BAB_KETIGA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/2/BAB_KEEMPAT.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/3/BAB_KELIMA.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/6/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/7/LAMPIRAN_A%2C_B%2C_C%2C_D%2C_E.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5122/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang (bone ash), kaolin, dan Cornish stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya. Produk-produk yang berasaskan haiwan sememangnya banyak menimbulkan keraguan. Hal ini kerana ia bersangkutan kepada dua perkara yang utama, iaitu jenis haiwan yang disembelih dan cara penyembelihan haiwan tersebut. Penyelidikan ini menghuraikan konsep bone china, prosesproses pembuatannya secara terperinci, dan lebih pentingnya membincangkan kaedah-kaedah syarak yang sesuai diguna pakai dalam penentuan hukum ke atas penggunaan bone china. Kajian ini juga seterusnya merumuskan hukum yang bersesuaian terhadap isu-isu penggunaan bone china berasaskan kepada prinsip-prinsip hukum syarak. Untuk mencapai objektif kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan hasil daripada kajian perpustakaan adalah metode dokumentasi dan metode historis. Tambahan itu juga, kajian ini menggunakan kajian lapangan iaitu metode temu bual dan metode observasi, serta analisis data menggunakan metode induktif dan metode deduktif. Hasilnya, hukum penggunaan bone china dapat dirumuskan berpandukan dua pandangan utama. Pandangan pertama, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengharuskan penggunaan bone china bagi pengguna-pengguna Islam kerana mereka menerima kaedah istihalah sebagai instrumen penyucian dalam Islam. Namun demikian, menurut pandangan kedua, yakni pandangan yang didominasi oleh mazhab Syafii dan Hanbali, keduanya tidak mengharuskan penggunaan bone china. Ini kerana mereka menganggap tidak berlaku istihalah dalam penghasilan bone china.