Sumbangan Fadzil Mohd. Noor dalam dakwah politik / Suhaimi bin Latip
Fadzil Mohd. Noor, merupakan seorang tokoh dalam dakwah politik negara dan diakui di kalangan tokoh ilmuan bahawa beliau adalah nama besar dalam gerakan Islam. Kajian terhadap sumbangan Fadzil Mohd. Noor dalam dakwah politik sangat penting bagi umat Islam. Persoalan konsep dakwah politik perlu dibah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5129/3/TESIS_MUKA_DEPAN_%26_MUKA_SURAT_i.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5129/4/TESIS_PENUH_MUKA_SURAT_ii%2Dxii.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5129/5/TESIS_PENUH_SEMUA_BAB_1%2D5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5129/2/pembahagi_BAB.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5129/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Fadzil Mohd. Noor, merupakan seorang tokoh dalam dakwah politik negara dan diakui di kalangan tokoh ilmuan bahawa beliau adalah nama besar dalam gerakan Islam. Kajian terhadap sumbangan Fadzil Mohd. Noor dalam dakwah politik sangat penting bagi umat Islam. Persoalan konsep dakwah politik perlu dibahaskan untuk memantapkan kefahaman bahawa dakwah perlu dalam kancah politik, dan berdasarkan ketokohan dakwah politik Fadzil Mohd. Noor persoalan cabaran, sumbangan, pengajaran sepanjang beliau menerajui kepimpinan parti politik perlu dikaji. Persoalan lain yang juga perlu dikaji, Fadzil Mohd. Noor sebagai tokoh yang berwibawa, berpandangan jauh dan turut menyumbang dalam kebangkitan Islam serta memberi impak di kalangan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep dalam dakwah politik, mengetahui sejarah perjuangan Fadzil Mohd. Noor di dalam dakwah politik Malaysia dan mengenal pasti sumbangannya. Kajian ini akan lebih dalam bentuk kualitatif iaitu menggunakan fakta, ulasan, persepsi, perasaan, ciri-ciri yang boleh menjelaskan sesuatu fenomena. Pada dasarnya penyelidikan ini adalah gabungan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data dan fakta primer dan sekunder digunakan untuk memahami sumbangan dakwah politik Fadzil Mohd. Noor melalui temu bual, dokumentasi, artikel, buku ilmiah, kajian sarjana dan laman web. Ketokohan dan kewibawaan Fadzil Mohd. Noor sebagai tokoh politik dakwah telah menjadi perhatian penting bagi semua pihak. Beliau dikatakan seorang pemimpin dakwah politik yang berjaya merubah lanskap pemikiran politik dengan menerapkan konsep dakwah politik di negara. Di samping berusaha memperkukuhkan keyakinan rakyat tentang perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau juga dilihat sebagai Ketua Pembangkang yang progresif mengangkat martabat Islam. |
---|