Pemikiran politik Islam Ustaz Abu Bakar Hamzah / Ahmad Ridza bin Abdul Rahman

Kajian ini bertujuan untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah yang merupakan salah seorang ahli pemikiran politik Islam yang terkenal di Malaysia pada suatu masa dahulu. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang personaliti, pemikiran dan sumba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Ahmad Ridza
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5180/1/TESIS_AHMAD_RIDZA_ABDUL_RAHMAN_(IGB030065).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5180/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah yang merupakan salah seorang ahli pemikiran politik Islam yang terkenal di Malaysia pada suatu masa dahulu. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang personaliti, pemikiran dan sumbangan beliau terhadap perkembangan politik Islam di Malaysia. Perkembangan politik ini meliputi aspek ekonomi, pentadbiran kerajaan, keagamaan, pendidikan dan kesenian Islam. Data dan maklumat diperolehi daripada pelbagai bahan rujukan seperti buku- buku penulisan beliau,majalah-majalah ilmiah dan artikel-artikel asal beliau yang terdapat di beberapa buah perpustakaan universiti dan awam di Malaysia. Ustaz Abu Bakar Hamzah telah banyak memberi dan mengeluarkan idea baru yang bernas dari sudut pentadbiran dan kepimpinan. Sesetengah idea beliau telah diguna pakai sehingga hari ini. Ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis sehingga beliau dapat mengeluarkan idea yang baik bagi tujuan politik Islam dan pentadbiran negara. Golongan pemerintah dan masyarakat hendaklah sentiasa berganding bahu bagi memantap dan melaksanakan politik Islam sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.