Tafsir bi al-Ra'y : kajian terhadap pemikiran Shaykh Muhammad Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahawir al-Khamsah li al-Qur'an al-Karim / Muhammad Rusydi bin Mohamed

Shaykh Muhammad al-Ghazali bukanlah nama asing dalam dunia Islam era baru. Beliau adalah mujaddid alaf baru. Ketokohan Shaykh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja diiktiraf di negara asalnya Mesir, malah negara-negara umat Islam yang lain. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya ilmiah termasuklah bebe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Muhammad Rusydi
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5251/4/Halaman_Hadapan_%2D_tanpa_nombor_mukasurat.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/3/Halaman_Hadapan_%2D_ms_ii.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/1/Abstract_%2D_iii%2C_iv.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/6/PENGHARGAAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/7/SENARAI_KEPENDEKAN_%2D.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/8/TRANSLITERASI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/5/KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/2/bab_pendahuluan_hingga_bibliografi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5251/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Shaykh Muhammad al-Ghazali bukanlah nama asing dalam dunia Islam era baru. Beliau adalah mujaddid alaf baru. Ketokohan Shaykh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja diiktiraf di negara asalnya Mesir, malah negara-negara umat Islam yang lain. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya ilmiah termasuklah beberapa karya dalam bidang tafsir al-Quran. Namun, oleh kerana karyanya dalam bidang tafsir tidak sebanyak bidang-bidang yang lain, karyanya diragui keabsahannya. Disokong oleh bukti-bukti awal yang menunjukkan kecenderungan beliau mentafsirkan al-Quran secara bebas dan liberal. Kajian ini telah menganalisa kembali penulisan tafsir beliau secara umum dan meneliti dengan lebih terperinci karyanya ‘Al-Mahawir al-Khamsah li al-Qur’an al-Karim’. Skop kajian ditumpukan pada genre pentafsirannya yang cenderung kepada aliran Tafsir bi al-Ra’y. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran al-Quran beliau sebenarnya hampir kepada pentafsiran Tafsir bi al-Ma’thur, masih mengikuti ijmak malahan banyak idea baru dari beliau telah dikenalpasti menjadikan pentafsiran al-Quran lebih tuntas dan menarik. Karya beliau ini juga relevan dan signifikan dengan citarasa umat Islam alaf baru.