Sumbangan Sheikh Yasin Al-Fadani dalam karya Al-Arba’inat : analisis terhadap kitab Al-Alba’in Al-Buldaniyyah / Rudi Edwaldo Jasmit
Sheikh Yasin al-Fadani merupakan tokoh Ulama Nusantara yang telah menghasilkan karya al-Arba‘inat. Salah satu sumbangan Sheikh Yasin al-Fadani dalam karya al-Arba‘inat adalah kitab bertajuk: al-Arba‘un al-Buldaniyyah: Arba‘un Hadithan ‘an Arba‘in Shaykhan min Arba‘in Baladan. Disertasi ini menganali...
Saved in:
Summary: | Sheikh Yasin al-Fadani merupakan tokoh Ulama Nusantara yang telah menghasilkan karya al-Arba‘inat. Salah satu sumbangan Sheikh Yasin al-Fadani dalam karya al-Arba‘inat adalah kitab bertajuk: al-Arba‘un al-Buldaniyyah: Arba‘un Hadithan ‘an Arba‘in Shaykhan min Arba‘in Baladan. Disertasi ini menganalisis kitab al-Arba‘un al-Buldaniyyah yang merangkumi metode penulisan dan penyampaian Hadith yang diaplikasi Sheikh Yasin al-Fadani dalam kitab tersebut. Bahan kajian dikumpul melalui penyelidikan perpustakaan, kemudian dianalisis dengan menggunakan metode induktif, deduktif, komperatif dan deskriptif analistik. Hasil kajian mendapati Sheikh Yasin al-Fadani pakar dalam bidang Hadith dan menguasai pelbagai kitab dan rujukan dalam Hadith, disamping pakar dalam ilmu lain seperti fekah, usul, bahasa dan lainnya. Kitab al-Arba‘un al-Buldaniyyah mengungkap kepakaran beliau dalam masalah Hadith. Beliau menggunakan metodologi penulisan Hadith yang didasarkan sanad kepada 40 guru yang berasal dari tempat dan negeri yang berasingan. Metode penyajian/ pembentangan Hadith yang diaplikasi dari aspek matan adalah Hadith-Hadith Nabawiyah dengan tema-tema yang tidak sistematik, tetapi tepat dan teliti dalam penulisannya. Manakala dari aspek sanad pula, metode yang beliau aplikasi adalah mengumpulkan keseluruhan Hadith dengan sanad sekali yang diperolehi dari gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. melalui jalur perawi Hadith pengarang kitab Hadith asal. Metode takhrij yang diaplikasi beliau adalah dengan mengemukakan sumber-sumber kitab Hadith yang lain dan menyatakan status sanad dan matan Hadith sekali disertai pendapat beberapa Ulama Hadith. Beliau juga menjelaskan lafaz-lafaz yang gharib dan mengeluarkan sesuatu hukum ke atas beberapa Hadith yang terdapat di dalam kitab itu. |
---|