Sumbangan Nik Muhammad Salleh Wan Musa dalam pengajian al-Qur'an : kajian terhadap kitab Kuliah Pengajian al-Qur'an / Fadhilah Adibah binti Ismail

Nik Muhammad Salleh Wan Musa merupakan seorang ulama kelahiran Kelantan yang mengemukakan idea pembaharuan di negeri kelahirannya selepas kembali dari menuntut ilmu di Mekah dan India. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga ulama, dibesarkan dalam suasana yang menekankan ilmu lantas mendorong belia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Fadhilah Adibah
Format: Thesis
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5373/9/cover_merah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/10/COVER.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/1/Awalan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/12/PENDAHULUAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/2/BAB_1.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/3/BAB_2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/4/BAB_3.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/5/BAB_4.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/6/BAB_5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/8/Bibliografi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/11/LAMPIRAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/13/TULANG.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5373/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Nik Muhammad Salleh Wan Musa merupakan seorang ulama kelahiran Kelantan yang mengemukakan idea pembaharuan di negeri kelahirannya selepas kembali dari menuntut ilmu di Mekah dan India. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga ulama, dibesarkan dalam suasana yang menekankan ilmu lantas mendorong beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi di luar negara. Kelahiran Kuliah Pengajian al-Qur’an merupakan satu hasrat beliau untuk mempersembahkan kepada masyarakat mengenai ilmu yang dimiliki tentang pentafsiran al-Qur’an. Penulis menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan dan lapangan yang melibatkan metode historis, dokumentasi, dan temubual, untuk mencapai objektif yang telah disasarkan. Disertasi ini bertujuan memperkenalkan Nik Muhammad Salleh Wan Musa dan karyanya, Kuliah Pengajian al-Qur’an, serta mengkaji metodologi yang digunakan ketika menyiapkan karya tersebut. Pemikiran-pemikiran pembaharuan beliau juga akan dianalisis dan dipersembahkan sebagai hasil kajian. Antara pemikiran beliau yang dibincangkan ialah konsep nubuwwah, persoalan tiada paksaan dalam Islam, konsep Islam dan kebangsaan, persaudaraan Islam serta seruan memerangi taklid buta. Penulis berharap kajian ini dapat memberi sumbangan dalam bidang pengajian al-Qur`an. Nik Muhammad Salleh Wan Musa merupakan tokoh yang banyak berjasa semasa hayatnya, dan diharap usaha beliau ini dicontohi dan diteruskan oleh umat Islam di Malaysia dalam memberi kefahaman tentang isi kandungan al-Qur’an.