Kajian perhubungan makna sinonim kata kerja Bahasa Jerman / Raja Rosila bt. Raja Berahim
Kajian ini membincangkan hubungan makna sinonim dalam leksis bahasa Jerman berdasarkan data yang dikumpulkan daripada senarai frekuensi kata bahasa Jerman yang dihasilkan di Universiti Leipzig, Jerman di bawah Projek Perbendaharaan Kata bahasa Jerman. (Sumber: Projekt Deutscher Wortschatz-Universitä...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5436/2/Front_Cover_%26_Title_Page.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5436/3/Preface.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5436/1/Disertasi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5436/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini membincangkan hubungan makna sinonim dalam leksis bahasa Jerman berdasarkan data yang dikumpulkan daripada senarai frekuensi kata bahasa Jerman yang dihasilkan di Universiti Leipzig, Jerman di bawah Projek Perbendaharaan Kata bahasa Jerman. (Sumber: Projekt Deutscher Wortschatz-Universität Leipzig Stand vom 8.Jan.2001) (http://german.about.com/library/blwfreq01.htm). Item leksikal daripada golongan kata kerja dalam senarai tersebut menjadi bahan penyelidikan dalam Kajian Hubungan Makna Sinonim Kata Kerja Bahasa Jerman ini. Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti aspek-aspek hubungan makna sinonim dalam golongan kata tersebut. Penghuraian setiap kata kerja dan kata sinonimnya adalah berdasarkan makna, konteks penggunaan dan etimologi bagi memperlihatkan persamaan dan perbezaan penggunaannya. Contoh-contoh ayat yang menggunakan setiap kata kerja dan kata sinonimnya tersebut diberikan untuk memperlihatkan kesesuaian penggunaan dan fungsi masing-masing dalam ayat atau frasa. Kajian-kajian lepas yang dikemukakan oleh beberapa ahli-ahli linguistik seperti Abdullah dan Ainon (1994), Finegan (2004), Johnson (1998), Kessel dan Reimann (2005), Asmah (1982), Aksan (2000) dan Palmer (1976, 1981, 1992) berkenaan hubungan makna sinonim khususnya, bidang leksikologi dan semantik telah dijadikan landasan dan panduan kepada kajian ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk atau corak-corak hubungan sinonim yang terdapat pada kata kerja bahasa Jerman. Selain itu, kajian ini juga melihat dan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya sinonimi. Antara faktor tersebut ialah dialek, peminjaman bahasa, kolokasi, gaya dan konteks. Kajian ini bukan sahaja menekankan kepada kepentingan sinonim dalam memperkaya perbendaharaan kata tetapi apa yang lebih ketara ialah kata sinonimnya bukan sahaja dari bentuk kata tetapi juga frasa. Oleh hal yang demikian, keadaan ini menyebabkan pengajaran dan pendedahan terhadap sinonim perlu dilakukan dengan cara yang lebih sistematik, iaitu pelajar-pelajar bukan hanya diajar tentang kata-kata bahasa Jerman yang bersinonim malah juga ayat-ayat yang bersinonim dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah menyumbang kepada kewujudan sinonim dalam kata kerja bahasa Jerman yang digunakan dalam kajian ini. |
---|