Terjemahan makna perintah dalam Surah Al-Baqarah: Analisis perbandingan antara terjemahan tafsir Fi Zilal Al-Quran dengan tafsir pimpinan Ar-Rahman / Ahmad Zulfadhli bin Nokman

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan makna perintah yang ada di antara terjemahan Fi Zilal Al-Quran dengan terjemahan Pimpinan Ar-Rahman khususnya dalam surah Al-Baqarah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketepatan terjemahan makna perintah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Zulfadhli, Nokman
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5480/1/BAB_1_Laporan_Penyelidikan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/2/BAB_2_Laporan_Penyelidikan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/3/BAB_3_Metodologi_Kajian.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/4/BAB_4_Laporan_Penyelidikan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/5/BAB_5_Laporan_Penyelidikan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/6/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/7/Lampiran.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/8/Pengenalan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5480/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan makna perintah yang ada di antara terjemahan Fi Zilal Al-Quran dengan terjemahan Pimpinan Ar-Rahman khususnya dalam surah Al-Baqarah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketepatan terjemahan makna perintah bahasan Arab yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh kedua-dua pemilik kitab tafsir tersebut. Bagi mencapai objektif-objektif itu, pendekatan yang digunakan adalah berbentuk analisis dan perbandingan. Cara pengumpulan data adalah melibatkan kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan. Kajian lapangan melibatkan sepuluh orang pakar bahasa yang meneliti tahap ketepatan terjemahan-terjemahan tersebut. Daripada dapatan kajian, terdapat sebanyak 80 persamaan pada terjemahan makna perintah di antara kedua-dua kitab tafsir tersebut. Manakala perbezaannya pula ialah sebanyak 103 patah perkataan. Ini menunjukkan bahawa perbezaan terjemahan makna perintah di antara kedua-dua kitab tafsir tersebut adalah lebih banyak daripada persamaannya. Manakala daripada hasil soal selidik pula, kebanyakan daripada terjemahan makna perintah oleh Tafsir Fi Zilal Al-Quran mencapai tahap yang paling tinggi berbanding Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.