Peranan sektor kelapa sawit ke atas agihan pendapatan isi rumah dan perekonomian Wilayah Riau, Indonesia / Saipul Bahri
Sektor Pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi Wilayah Riau. Sektor pertanian menyumbangkan 20.28% kepada KDNK Riau. Daripada 7.3 juta hektar kawasan perladangan kelapa sawit Indonesia, 23.45 peratus daripadanya terdapat di Wilayah Riau. Objektif umum kajian ini ialah untuk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5629/1/SAIPUL.B.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5629/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Sektor Pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi
Wilayah Riau. Sektor pertanian menyumbangkan 20.28% kepada KDNK Riau.
Daripada 7.3 juta hektar kawasan perladangan kelapa sawit Indonesia, 23.45 peratus
daripadanya terdapat di Wilayah Riau.
Objektif umum kajian ini ialah untuk meneliti peranan sektor kelapa sawit
terhadap agihan pendapatan dan perekonomian di Wilayah Riau. Secara khusus kajian
ini bertujuan untuk: (1) Menganalisis peranan perladangan kelapa sawit terhadap agihan
pendapatan dan kemiskinan isi rumah petani kelapa sawit; (2) Menganalisis peranan
sektor kelapa sawit terhadap perekonomian Wilayah Riau; (3) Mengenal pasti kesan
jalur pendapatan sektor kelapa sawit terhadap pendapatan isi rumah di kawasan desa;
dan (4) merumuskan dasar pembangunan sektor kelapa sawit untuk meningkatkan
pendapatan isi rumah. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian telah menggunakan
pendekatan analisis pendapatan dan matrik perakaunan sosial ekonomi (MPSE).
Kajian menggunakan data primer dan sekunder. Sebanyak 400 sampel isi rumah
dipilih secara pensampelan rawak mudah. Kajian lapangan telah dilakukan pada tahun
2009. Disamping itu, data sekunder tahun 2000 hingga 2009, telah pula digunakan
terutamanya bagi membina jadual matrik perakaunan sosial ekonomi.
Hasil kajian mendapati bahawa perladangan kelapa sawit mampu untuk
menciptakan agihan pendapatan isi rumah yang sama rata sehingga mengurangkan
kadar kemiskinan. Sektor kelapa sawit memberikan impak yang paling besar kepada
nilai ditambah, pendapatan isi rumah, firma, pendapatan sektor pengeluaran,
pendapatan sektor lain dan output wilayah Riau secara keseluruhan. Sektor perladangan
pekebun kecil kelapa sawit dan pengilang kelapa sawit termasuk dalam 10 kelompok
terbesar daripada 23 sektor pengeluaran. Sektor kelapa sawit lebih banyak menimbulkan
iv
kesan pengganda kepada isi rumah di luar bandar yang berpendapatan rendah. Kesan
pendapatan sektor kelapa sawit kepada isi rumah luar bandar dan bandar berpendapatan
rendah mengikut jalur asal menyumbang kepada tenaga buruh perladangan kelapa
sawit, tenaga buruh pertanian yang lain, dan tenaga buruh bukan pertanian. Dasar untuk
meningkatkan jumlah pendapatan tenaga buruh dan isi rumah melalui agihan
pendapatan secara sama rata kepada isi rumah bandar dan luar bandar berpendapatan
rendah ternyata berjaya. Untuk meningkatkan pendapatan sektor pengeluaran, pelaburan
dan eksport produk yang berkaitan dengan industri pembuatan kelapa sawit perlulah
juga ditingkatkan. |
---|