Analisis struktur ayat dalam Surah Maryam : satu kajian i'jaz al-Qur'an / Norazamudin bin Umar
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep i،ja:z al-Qur’a:n dan secara khususnya i،ja:z baya:niyy, menghurai perhubungan yang terjalin antara struktur ayat bahasa Arab dan disiplin ilmu i’ja:z al-Qur’a:n dan menganalisis surah Maryam. Kajian dijalankan menggunakan metodologi kualitatif beras...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5664/1/Awalan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/2/Bab1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/3/Bab2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/4/Bab3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/5/Bab4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/6/Bab5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/7/Bab6.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/8/Bab7.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/9/Bibliografi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/10/Indeks_struktur_ayat.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/11/Padanan_istilah.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5664/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep i،ja:z al-Qur’a:n dan secara khususnya i،ja:z baya:niyy, menghurai perhubungan yang terjalin antara struktur ayat bahasa Arab dan disiplin ilmu i’ja:z al-Qur’a:n dan menganalisis surah Maryam. Kajian dijalankan menggunakan metodologi kualitatif berasaskan teori-teori i،ja:z al-Qur’a:n, ilmu ma،a:ni:, konstruksi (nazm al-Qur’a:n) dan analisis wacana. Kajian berhubung teori i،ja:z al-Qur’a:n mandapati i،ja:z berlaku dalam pelbagai dimensi iaitu balaghah (baya:niyy), perkara-perkara ghaib, pensyariatan, ilmiah, penggunaan angka (،adadiyy) dan psikologi. Kajian juga meneliti beberapa bentuk elemen i،ja:z baya:niyy iaitu penggunaan kata tugas, pemilihan perkataan, fa:silat dan balaghah kepelbagaian Qira’at.
Kajian struktur ayat mendapati perubahan-perubahan dalam struktur ayat berupa ta،ri:f dan tanki:r; i:ja:z dan itna:b; dan penegasan berfungsi dari aspek balaghahnya dan
menjadi dalil i،ja:z. Fungsi balaghah tersebut ialah memuliakan, mengagungkan, memuji, menghina, membawa maksud yang umum, mengelakkan daripada mengaibkan seseorang, menggambarkan psikologi penutur, menyatakan kebanggaan, menarik perhatian, menjelaskan sebab, menyindir kebodohan, memberi berita gembira atau mengancam, menegaskan, berdoa, meminta belas kasihan dan menyelamatkan seseorang. Analisis struktur ayat dalam surah Maryam pula mendapati al-Qur’an sangat tepat dalam penggunaan ta،ri:f dan tanki:r, penegasan serta i:ja:z dan itna:b. Antara i،ja:z
dalam gaya bahasa tersebut ialah penggunaan alif-la:m pada satu perkataan yang membawa pelbagai maksud, penggunaan ida:fat yang tertentu yang membezakan antara dua kumpulan manusia atau memuliakan seseorang. Penggunaan gaya bahasa
penegasan dalam surah Maryam juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan.
Kajian turut mendapati terdapat pelbagai bentuk i:ja:z dan itna:b yang digunakan dalam surah Maryam, bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan dalam surah tersebut. |
---|