Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir
Walau apa pun falsafah yang menjadi asas sesuatu perkara, sistem keadilan jenayah di negara-negara yang mempunyai Perlembagaan bertulis yang menjamin hak-hak asasi, dengan konsistennya berusaha untuk memelihara, melindungi dan membela dengan adil, saksama bagi sesuatu standard, prosedur dan proses y...
Saved in:
id |
my.um.stud.5828 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Malaya |
building |
UM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Malaya |
content_source |
UM Student Repository |
url_provider |
http://studentsrepo.um.edu.my/ |
topic |
K Law (General) |
spellingShingle |
K Law (General) Tahir, Zulazhar Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir |
description |
Walau apa pun falsafah yang menjadi asas sesuatu perkara, sistem keadilan jenayah di negara-negara yang mempunyai Perlembagaan bertulis yang menjamin hak-hak asasi, dengan konsistennya berusaha untuk memelihara, melindungi dan membela dengan adil, saksama bagi sesuatu standard, prosedur dan proses yang munasabah kepada orang yang disyaki, tahanan, tertuduh, banduan serta bekas banduan yang dibebaskan dengan parol.1 Keadilan, dalam erti yang luas dan liberal, bukan semata-mata keadilan jenayah, adalah sebahagian daripada hak-hak asasi. Ia merupakan sesuatu yang hidup, organik serta dinamik dan dalam pencarian untuk mencari maknanya yang tertentu ia sering berubah, bergerak maju, lebih terbuka dan berkembang. Ketegaran, kemunduran, anakronisme dan positivisme tidak mempunyai tempat dalam mana-mana sistem keadilan di negara-negara common law pada masa kini. Dalam sistem undang-undang awam, ia disebut sebagai hak-hak asasi dan bagi para peguam hak asasi manusia ia dirujuk sebagai hak asasi manusia atau kebiasaannya sebagai kebebasan individu. Sebagai permulaan, common law dari masa ke semasa telah membentuk suatu asas yang boleh dihadkan atau dilengkapkan atau diperkuatkan dengan campur tangan undang-undang. Di Negara-negara seperti India dan Afrika Selatan, misalnya, di bawah inspirasi, sokongan dan pengaruh dari Perlembagaan yang dinamik, keadilan adalah sebahagian daripada agenda perlembagaan untuk perubahan dan kemajuan. Semua cabang kerajaan khususnya mahkamah secara aktif terlibat dalam mendorong perubahan dan kemajuan ini. Harus ditekankan di sini juga bahawa mahkamah tertinggi di negara-negara berkenaan melalui kreativiti dan aktivisme penghakiman telah sentiasa memainkan peranan yang aktif dan sangat penting dalam proses perubahan, kemajuan dan keterbukaan ini. Seseorang mungkin bertanya bagaimanakah keadilan dalam common law yang dihadkan atau diperluaskan atau diperkuatkan oleh undang-undang, (dalam keadaan-keadaan yang berkaitan), dan keadilan perlembagaan yang lebih tinggi boleh wujud dan berfungsi bersama-sama. Ianya selalu dianggap dan diterima bahawa apa jua keadilan dalam common law berkembang secara perlahan dan lebih berbentuk konservatif yang memperuntukkan norma dan standard yang minimum. Sebaliknya, ia adalah suatu yang berbeza sama sekali apabila merujuk kepada hak-hak dari segi perlembagaan, norma atau standard. Selalunya Perlembagaan akan ditafsirkan dengan luas dan liberal dalam cara yang pragmatik dan dinamik oleh mahkamah kerana Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang hidup, organik serta dinamik dan mampu untuk ditafsirkan dengan sedemikian rupa. Hakim-hakim yang mendukung kebebasan dan dipandu serta diberi kuasa oleh pendekatan yang liberal dalam menafsirkan Perlembagaan, dan berperanan di bawah mandat Perlembagaan serta keinginan untuk menegakkan keadilan, akan terus berusaha untuk memberikan kesan dan menghidupkan perkataan-perkataan dalam Perlembagaan dengan memasukkan norma yang lebih luas serta liberal yang sebahagian besar daripadanya adalah dari konvensyen hak asasi manusia antarabangsa. Dengan cara kewujudan undang-undang ini, hak-hak dari segi perlembagaan, norma-norma serta perlindungan akan diperluaskan serta menjadi liberal seiring dengan peredaran masa. Ini ditambah lagi dengan tanggapan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi, maka kriteria perlembagaan yang lebih luas dan liberal akan mengatasi segala norma undang-undang lazim atau statut yang selalunya terhad dan ada kalanya bertentangan dengan standard dan keperluan perlembagaan. Dalam latihan akademik ini penulis akan berusaha untuk mengenal pasti dan menjelajah batas-batas dan ruang lingkup norma-norma yang lebih liberal dan tinggi daripada beberapa negara common law yang dipilih dalam perbandingan dengan sistem keadilan jenayah Malaysia dalam usaha untuk menyemak dan menilai adakah sistem yang ada di Malaysia ini memenuhi norma-norma perlembagaan tertinggi yang telah diwujudkan dan diamalkan dalam sistem perundangan lain. Usaha juga akan dilakukan untuk menilai bagaimana sistem keadilan jenayah di Malaysia boleh ‘diperlembagaankan’, disahkan dan dipertingkatkan. Suatu perkara juga harus ditekankan di sini iaitu adalah tidak berbaloi bagi sistem kita untuk menabur benih ketidakadilan dengan menganiaya seseorang yang telah melakukan suatu kesalahan atau melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang kerana kita sesungguhnya akan menuai apa yang telah kita semai. |
format |
Thesis |
author |
Tahir, Zulazhar |
author_facet |
Tahir, Zulazhar |
author_sort |
Tahir, Zulazhar |
title |
Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir |
title_short |
Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir |
title_full |
Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir |
title_fullStr |
Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir |
title_full_unstemmed |
Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir |
title_sort |
sistem keadilan jenayah di malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / zulazhar bin tahir |
publishDate |
2011 |
url |
http://studentsrepo.um.edu.my/5828/19/Muka_Depan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/18/DEPAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/1/BAB%2D1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/2/BAB%2D2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/3/BAB%2D3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/4/BAB%2D4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/5/BAB%2D5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/6/BAB%2D6.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/7/BAB%2D7.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/8/BAB%2D8.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/17/Bibliografi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/9/Lampiran_A.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/10/Lampiran_B.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/11/Lampiran_C.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/12/Lampiran_D.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/13/Lampiran_E.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/14/Lampiran_F.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/16/Lampiran_G.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/ |
_version_ |
1738505839143026688 |
spelling |
my.um.stud.58282016-01-15T02:09:44Z Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir Tahir, Zulazhar K Law (General) Walau apa pun falsafah yang menjadi asas sesuatu perkara, sistem keadilan jenayah di negara-negara yang mempunyai Perlembagaan bertulis yang menjamin hak-hak asasi, dengan konsistennya berusaha untuk memelihara, melindungi dan membela dengan adil, saksama bagi sesuatu standard, prosedur dan proses yang munasabah kepada orang yang disyaki, tahanan, tertuduh, banduan serta bekas banduan yang dibebaskan dengan parol.1 Keadilan, dalam erti yang luas dan liberal, bukan semata-mata keadilan jenayah, adalah sebahagian daripada hak-hak asasi. Ia merupakan sesuatu yang hidup, organik serta dinamik dan dalam pencarian untuk mencari maknanya yang tertentu ia sering berubah, bergerak maju, lebih terbuka dan berkembang. Ketegaran, kemunduran, anakronisme dan positivisme tidak mempunyai tempat dalam mana-mana sistem keadilan di negara-negara common law pada masa kini. Dalam sistem undang-undang awam, ia disebut sebagai hak-hak asasi dan bagi para peguam hak asasi manusia ia dirujuk sebagai hak asasi manusia atau kebiasaannya sebagai kebebasan individu. Sebagai permulaan, common law dari masa ke semasa telah membentuk suatu asas yang boleh dihadkan atau dilengkapkan atau diperkuatkan dengan campur tangan undang-undang. Di Negara-negara seperti India dan Afrika Selatan, misalnya, di bawah inspirasi, sokongan dan pengaruh dari Perlembagaan yang dinamik, keadilan adalah sebahagian daripada agenda perlembagaan untuk perubahan dan kemajuan. Semua cabang kerajaan khususnya mahkamah secara aktif terlibat dalam mendorong perubahan dan kemajuan ini. Harus ditekankan di sini juga bahawa mahkamah tertinggi di negara-negara berkenaan melalui kreativiti dan aktivisme penghakiman telah sentiasa memainkan peranan yang aktif dan sangat penting dalam proses perubahan, kemajuan dan keterbukaan ini. Seseorang mungkin bertanya bagaimanakah keadilan dalam common law yang dihadkan atau diperluaskan atau diperkuatkan oleh undang-undang, (dalam keadaan-keadaan yang berkaitan), dan keadilan perlembagaan yang lebih tinggi boleh wujud dan berfungsi bersama-sama. Ianya selalu dianggap dan diterima bahawa apa jua keadilan dalam common law berkembang secara perlahan dan lebih berbentuk konservatif yang memperuntukkan norma dan standard yang minimum. Sebaliknya, ia adalah suatu yang berbeza sama sekali apabila merujuk kepada hak-hak dari segi perlembagaan, norma atau standard. Selalunya Perlembagaan akan ditafsirkan dengan luas dan liberal dalam cara yang pragmatik dan dinamik oleh mahkamah kerana Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang hidup, organik serta dinamik dan mampu untuk ditafsirkan dengan sedemikian rupa. Hakim-hakim yang mendukung kebebasan dan dipandu serta diberi kuasa oleh pendekatan yang liberal dalam menafsirkan Perlembagaan, dan berperanan di bawah mandat Perlembagaan serta keinginan untuk menegakkan keadilan, akan terus berusaha untuk memberikan kesan dan menghidupkan perkataan-perkataan dalam Perlembagaan dengan memasukkan norma yang lebih luas serta liberal yang sebahagian besar daripadanya adalah dari konvensyen hak asasi manusia antarabangsa. Dengan cara kewujudan undang-undang ini, hak-hak dari segi perlembagaan, norma-norma serta perlindungan akan diperluaskan serta menjadi liberal seiring dengan peredaran masa. Ini ditambah lagi dengan tanggapan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi, maka kriteria perlembagaan yang lebih luas dan liberal akan mengatasi segala norma undang-undang lazim atau statut yang selalunya terhad dan ada kalanya bertentangan dengan standard dan keperluan perlembagaan. Dalam latihan akademik ini penulis akan berusaha untuk mengenal pasti dan menjelajah batas-batas dan ruang lingkup norma-norma yang lebih liberal dan tinggi daripada beberapa negara common law yang dipilih dalam perbandingan dengan sistem keadilan jenayah Malaysia dalam usaha untuk menyemak dan menilai adakah sistem yang ada di Malaysia ini memenuhi norma-norma perlembagaan tertinggi yang telah diwujudkan dan diamalkan dalam sistem perundangan lain. Usaha juga akan dilakukan untuk menilai bagaimana sistem keadilan jenayah di Malaysia boleh ‘diperlembagaankan’, disahkan dan dipertingkatkan. Suatu perkara juga harus ditekankan di sini iaitu adalah tidak berbaloi bagi sistem kita untuk menabur benih ketidakadilan dengan menganiaya seseorang yang telah melakukan suatu kesalahan atau melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang kerana kita sesungguhnya akan menuai apa yang telah kita semai. 2011 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/19/Muka_Depan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/18/DEPAN.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/1/BAB%2D1.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/2/BAB%2D2.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/3/BAB%2D3.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/4/BAB%2D4.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/5/BAB%2D5.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/6/BAB%2D6.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/7/BAB%2D7.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/8/BAB%2D8.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/17/Bibliografi.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/9/Lampiran_A.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/10/Lampiran_B.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/11/Lampiran_C.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/12/Lampiran_D.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/13/Lampiran_E.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/14/Lampiran_F.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5828/16/Lampiran_G.pdf Tahir, Zulazhar (2011) Sistem keadilan jenayah di Malaysia : suatu analisis dari perspektif hak-hak tertuduh / Zulazhar bin Tahir. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5828/ |