Kajian pengalaman dialog kehidupan masyarakat Cina Muslim Terengganu sebelum dan selepas konversi / Azarudin bin Awang

Hubungan yang tegang yang kadang kala berpanjangan hingga tiada penyudahnya dalam kalangan komuniti Saudara Baru dengan keluarga asal dan masyarakat Muslim asal di sekeliling adalah berpunca daripada salah faham dalam beragama. Permasalahan hubungan agama sedemikian juga turut berlaku dalam kalangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awang, Azarudin
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5990/7/Kulit_Depan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/9/PRA_BAB.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/5/BAB_SATU%2D_FINAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/1/BAB_DUA_%2D_FINAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/6/BAB_TIGA_%2D_FINAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/2/BAB_EMPAT%2DFINAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/4/BAB_LIMA%2D_FINAL.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/3/BAB_ENAM.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/10/RUJUKAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/8/LAMPIRAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5990/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Hubungan yang tegang yang kadang kala berpanjangan hingga tiada penyudahnya dalam kalangan komuniti Saudara Baru dengan keluarga asal dan masyarakat Muslim asal di sekeliling adalah berpunca daripada salah faham dalam beragama. Permasalahan hubungan agama sedemikian juga turut berlaku dalam kalangan komuniti Cina yang memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Justeru itu, dialog kehidupan dilihat sebagai satu wahana bagi menjelaskan kekaburan, menghapuskan salah faham dan menghindarkan sebarang bentuk konflik. Dialog kehidupan merupakan salah satu bentuk dialog agama yang dimanifestasikan secara spontan dalam kehidupan masyarakat awam yang berbeza agama atau budaya. Skop kajian ialah ke atas masyarakat Cina Muslim di negeri Terengganu kerana komuniti ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan komuniti Cina di negeri lain. Ini adalah kerana jalinan hubungan sosial yang telah berlaku antara komuniti Cina dan Melayu di negeri ini amat baik sehingga ditonjolkan melalui proses perkongsian budaya dalam aspek bahasa, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengkaji persepsi dan aplikasi masyarakat Cina Muslim terhadap dialog kehidupan pada sebelum dan selepas konversi agama. Selain itu, kajian ini juga menganalisis faktor-faktor keterlibatan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Cina Muslim dalam dialog kehidupan pada sebelum dan selepas konversi agama. Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan pengalaman turut serta dan temu bual ke atas beberapa orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam kehidupan komuniti Cina Muslim negeri Terengganu. Penyelidik juga melakukan temu bual ke atas n=20 orang komuniti Cina yang telah melakukan konversi agama Islam. Melalui kajian kuantitatif, pengkaji telah melakukan soal selidik ke atas Saudara Baru Cina yang menuntut di kelas-kelas pengajian agama yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi komuniti ini terhadap aspek-aspek dialog kehidupan seperti kefahaman dan sikap adalah sederhana. Pelaksanaan dialog kehidupan pasca konversi komuniti Cina Muslim ini dilakukan bagi menjelaskan kesamaran dan salah faham keluarga asal terhadap agama Islam. Ekspresi ini dilakukan melalui amalan ziarah dan tinggal bersama, sambutan perayaan dan kebudayaan asal bersama-sama, penglibatan diri dalam pengurusan kematian keluarga yang bukan Muslim dan meraikan upacara perkahwinan ahli keluarga bukan Muslim. Biar pun begitu pola hubungan intra etnik komuniti Cina pra kepada pasca konversi menunjukkan perubahan hubungan dari sangat baik kepada sederhana. Sebaliknya hubungan intra etnik komuniti Cina Muslim dan Melayu Muslim memperlihatkan hubungan dari sederhana kepada sangat baik. Boleh dinyatakan bahawa pengalaman perkongsian budaya Melayu Muslim memudahkan proses pembauran komuniti Cina Muslim dalam kelompok Melayu Muslim yang marginal. Kajian juga menunjukkan bahawa dialog kehidupan yang berlaku dalam kalangan komuniti Cina Muslim memaparkan pelbagai bentuk cabaran pada sebelum dan selepas konversi. Hubungan yang tegang merupakan ciri yang paling banyak ditemui dalam komuniti Cina yang melakukan konversi agama Islam. Polemik ini berpunca daripada masalah konflik budaya, masalah bahasa dan sikap pandang rendah komuniti Muslim di sekitar. Hasil dapatan kajian ini penting bagi memberi garis panduan kepada golongan yang terlibat secara langsung dengan masyarakat Cina Muslim bagi memahami masyarakat Cina yang baru memeluk Islam melalui pendekatan secara berdialog bagi memupuk sikap saling faham-memahami dan toleransi antara kepelbagaian etnik.