Kesepaduan personaliti dalam kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di Malaysia / Samsul Aripin
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dimensi-dimensi yang mempengaruhi kesepaduan personaliti dalam kalangan mahasiswa sarjana muda pendidikan pada empat buah universiti di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik path analisis dengan membentuk dan menguji model pengukuran kesepaduan personaliti, s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6566/4/samsul.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6566/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau dimensi-dimensi yang mempengaruhi kesepaduan
personaliti dalam kalangan mahasiswa sarjana muda pendidikan pada empat buah
universiti di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik path analisis dengan membentuk
dan menguji model pengukuran kesepaduan personaliti, sikap mengikut kumpulan,
autonomi, penilaian kendiri yang positif, persepsi realiti dan menguasai persekitaran
mahasiswa di IPTA. Kemudian, satu model penuh a priori kesepaduan personality
dibentuk bersandarkan pada teori dan sorotan literatur bagi menjelaskan hubungan
antara pemboleh ubah yang dipilih. Model penuh a priori yang dicadangkan diuji sama
ada konstruk yang dipilih fit dengan baik dan boleh mewakili data kajian. Satu set alat
ukur telah diadaptasi daripada instrumen pengukuran Mental Health Inventory (MHI)
dan telah ditadbirkan di empat buah IPTA sekitar Lembah Klang iaitu UM, UKM, UPM
dan UiTM. Seramai 1715 responden telah digunakan dalam analisis ini. Analisis factor
konfirmatori (CFA) dijalankan untuk menentukan konstruk terbaik bagi mewakili
pemboleh ubah laten yang dikaji. Didapati dalam analisis CFA, kesemua model
pengukuran didapati fit dengan sederhana dan boleh mewakili data kajian. Ini adalah
kerana nilai GFI, AGFI, CFI di antara aras 0.60 hingga menghampiri 0.80 manakala
RMSEA di atas aras 0.06 dan di bawah 0.10. Seterusnya, dalam model path analisis
kesepaduan personaliti bagi keseluruhan IPTA juga fit dengan data empirikal pada nilai
GFI= 0.995, AGFI= 0.891, CFI= 0.992 dan RMSEA= 0.123. Berdasarkan hasil kajian
path analisis bagi keseluruhan IPTA mendapati bahawa kesan persepsi realiti (PR) dan
menguasai persekitaran (MP) terhadap kesepaduan personaliti (KP) dimediasi secara
separa oleh sikap mengikut kumpulan (SMK) dan autonomi (AUTNI). Manakala kesan
penilaian kendiri yang positif (PKP) terhadap kesepaduan personaliti (KP) dimediasi
secara penuh oleh sikap mengikut kumpulan (SMK) dan autonomi (AUTNI). |
---|