Falsafah seni ukiran kayu Melayu / Mohammad Nazzri Ahmad
Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di Malaysia. Kajian turut melihat bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam menjayakannya. Dalam konteks masyarakat Melayu, setiap seni yang dihasilkan i...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6603/4/nazzri.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6603/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di Malaysia. Kajian turut melihat bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam menjayakannya. Dalam konteks masyarakat Melayu, setiap seni yang dihasilkan itu sebenarnya telah dirancang dengan teliti agar di dalam setiap rupa bentuk seni tersebut mempunyai ‘jiwa’ yang dilihat boleh berkomunikasi kepada masyarakat. Syed Ahmad Jamal (2000) telah menyatakan konsep seni rupa Melayu lahir daripada kesedaran terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan, iaitu melalui bentuk tampaknya kepada dimensi yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian di antara realiti yang zahir dan batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan penghayat. Dari sinilah dapat dilihat keupayaan seni itu dalam menimbulkan pelbagai penafsiran, pemikiran, rasa dan persoalan. Dalam penyelidikan ini pengkaji juga menggunakan teori sosiologi pengetahuan, ini adalah untuk pengkaji memahami hubungan ukiran dengan masyarakat dan bagaimana falsafah yang terkandung di dalam ukiran ini dapat dilestarikan. Sosiologi pegetahuan merupakan ilmu yang menjadi cabang dari sosiologi yang mempelajari hubungan timbal-balik antara pemikiran dan masyarakat. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa cara terbaik untuk melestarikan seni ukiran Melayu adalah melalui penyampaian ilmu dari dalam kelompok masyarakat selain dari kaedah penguatkuasaan akta, kaedah pemuliharaan makmal dan kerja lapangan yang dijalankan dalam usaha mengekalkannya. |
---|