Keberkesanan penggunaan laman web perpustakaan Universiti Malaya di kalangan kakitangan akademik / Norhamimi Othman

Kepentingan mewujudkan laman web perpustakaan akademik menjadi semakin kritikal dalam memenuhi keperluan maklumat institusi pengajian tinggi abad ini. Justeru itu, suatu kajian telah dijalankan bagi menerangkan pertalian yang wujud di antara pengguna dan paparan laman web. Analisis terhadap kaki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhamimi , Othman
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/8408/1/0001.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8408/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kepentingan mewujudkan laman web perpustakaan akademik menjadi semakin kritikal dalam memenuhi keperluan maklumat institusi pengajian tinggi abad ini. Justeru itu, suatu kajian telah dijalankan bagi menerangkan pertalian yang wujud di antara pengguna dan paparan laman web. Analisis terhadap kakitangan akademik dijalankan bagi menentukan tahap keberkesanan penggunaan laman web. Kaedah soalselidik digunakan bagi mengenalpasti bagaimana pengguna berinteraksi dengan antaramuka laman web. Berdasarkan 255 borang soalselidik yang diedarkan, 185 responden telah memberi maklumbalas. Hasil daripada mendapati kakitangan akademik Universiti Malaya sememangnya memanfaatkan laman web PUM (Perpustakaan Universiti Malaya). Namun, terdapat beberapa faktor yang menyekat keberkesanan penggunaan. Penemuan juga dikaitkan dengan hasil-hasil daripada penyelidikan terdahulu dan penyelidikan semasa yang berkaitan. Kajian terhadap keberkesanan kepenggunaan ini turut mendedahkan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam strategi pencarian maklumat menerusi laman web. Beberapa aspek laman web turut disentuh secara tidak lansung, antaranya adalah dari aspek terminologi, warna, saiz, lokasi, pautan (links), bantuan, kejelasan dan konsistensi.