Comparison of the Baska® FESS Mask with the LMA Supreme: Oropharyngeal leak pressures in paralyzed anaesthetized adult patients / Chen Yi Shang
Latar Belakang: Baska® mask adalah alat rongga pernafasan supraglotik dengan beberapa inovasi baru. Baska FESS mask adalah pengubahsuaian Baska mask dengan penyambung yang boleh dipusing ke arah selatan. Percubaan terkawal rawak ini membandingkan tekanan kedap orofarinks (OLP) antara Baska FESS deng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8909/4/chen.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8909/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Latar Belakang: Baska® mask adalah alat rongga pernafasan supraglotik dengan beberapa inovasi baru. Baska FESS mask adalah pengubahsuaian Baska mask dengan penyambung yang boleh dipusing ke arah selatan. Percubaan terkawal rawak ini membandingkan tekanan kedap orofarinks (OLP) antara Baska FESS dengan LMA Supreme (SLMA) pada pesakit di bawah bius penuh. Metodologi Kami telah mengumpul 100 pesakit dewasa dengan ASA l hingga III menjalani
prosedur pembedahan elektif dari Oktober 2015 hingga Mac 2016 di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pesakit yang mempunyai BMl> 35 kg m-2, dengan risiko muntah atau aspirasi telah dikecualikan. Kami telah merekodkan tekanan kedap orofarinks (OLP) sebagai keputusan utama. Kami juga mencatatkan bilangan percubaan, kesenangan perletakan, kadar kejayaan, masa perletakan, fungsi salur gastrik, respon hemodinamik, gred pandangan fibreoptic dan komplikasi. Keputusan Min (SD) tekanan kedap orofarinks (OLP) untuk Baska FESS adalah 32.59 (5.49)cmH20, lebih tinggi daripada SLMA 26.65 (6.40)cmH20 (P <0.00 I). Kadar kejayaan perletakan adalah l 00% bagi kedua-dua kumpulan dengan kejayaan percubaan pertama yang serupa (Baska FESS 91.8% berbanding SLMA 98%, P = 0.200). SLMA didapati lebih cepat dan lebih mudah untuk diletak daripada Baska FESS (P <0.00 I dan P = 0.046). Gred pandangan fibreoptic adalah lebih baik dengan Baska FESS daripada SLMA (P = 0.025). Kejadian komplikasi adalah rendah dalam kedua-dua kumpulan. Kesimpulan: Baska FESS mempunyai tekanan kedap orofarinks (OLP) yang lebih tinggi dan pandangan fibreoptic yang lebih baik. Tetapi SLMA adalah lebih mudah dan lebih cepat untuk diletak serta mempunyai fungsi salur gastric yang lebih baik. |
---|