Pembangunan dan kemiskinan (satu kajian kes kesan pembangunan kepada masyarakat kampung Kuala Kerdau, Temerloh, Pahang) / Mohd Nasir Abdullah

Malaysia, sebagai sebuah negara yang pesat membangun, telah mengatur berbagai-bagai dasar dan program-program pembangunan untuk dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negara ini. Kajian ini cuba melihat kesan dari pembangunan itu samada ia membawa kesan yang negatif atau positif. Pengkaji juga meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nasir , Abdullah
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9592/1/Mohd_Nasir_Abdullah_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9592/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Malaysia, sebagai sebuah negara yang pesat membangun, telah mengatur berbagai-bagai dasar dan program-program pembangunan untuk dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negara ini. Kajian ini cuba melihat kesan dari pembangunan itu samada ia membawa kesan yang negatif atau positif. Pengkaji juga mengaitkan hubungan pembangunan dan kemiskinan, yang mana merupakan sasaran kerajaan untuk membasmi kemiskinan dengan perlaksanaan program-program pembangunan. Dalam percubaan pengkaji memaparkan hasil kajian ini, pengkaji akui terdapat banyak kelemahan. Ini adalah disebabkan kekurangan pengalaman dan kclemahan pengkaji sendiri dalam kerja-kerja penyelidikan. Dalam Bab I, membicarakan mengenai tujuan dan bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan serta kesulitan yang dihadapi ketika membuat penyelidikan ini dan latarbelakang kawasan kajian. Bab II, menyentuh pengertian, ukuran-ukuran serta teori-teori pembangunan dan kemiskinan, serta melihat perhubungan antara pembangunan dengan kemiskinan. Bab III, menghuraikan tentang latarbelakang sosial ekonomi responden seperti umur, pelajaran, kesihatan, pola-pola pekerjaan, pola pemilikan tanah dan pemilikan-pemilikan lain. Bab IV, menghuraikan tentang program-program pembangunan yang telah dinikmati dan penglibatan agensi-agensi kerajaan (RISDA) dalam usaha untuk menyalurkan pembangunan dikawasan ini. Antaranya dari segi kemudahan kesihatan, pelajaran dan kemudahan infrastraktur. Bab V, membincangkan tentang kesan-kesan pembangunan kepada masyarakat tempat kajian. Kesan kepada sikap dan nilai serta melihat hubungan sosial serta peluang-peluang ekonomi yang telah wujud setelah adanya pembangunan. Bab VI, adalah bab akhir yang merupakan kesimpulan dari hasil kajian yang mana pembangunan telah melahirkan satu trend baru kepada generasi muda untuk bekerja makan gaji tidak lagi penempuan dalam bidang pertanian.