Pembentukan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Teks Kumpulan Cerita Sang Kancil.

Pembentukan sosioemosi dapat dilihat daripada tahap perkembangan dan kemahiran yang terdapat pada diri kanak-kanak apabila mereka dapat berfikir secara lebih matang. Pembentukan daripada aspek ini merupakan perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan pada kanak-kanak supaya dapat memberi r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Ayuni M. Aris
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13018/1/Nor%20Ayuni%20Bt%20M.%20Aris.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Language: English
Description
Summary:Pembentukan sosioemosi dapat dilihat daripada tahap perkembangan dan kemahiran yang terdapat pada diri kanak-kanak apabila mereka dapat berfikir secara lebih matang. Pembentukan daripada aspek ini merupakan perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan pada kanak-kanak supaya dapat memberi rangsangan terhadap diri mereka melalui perkembangan sosial emosinya. Permasalahan yang dapat dikaitkan dalam kajian ini dapat disentuh daripada masalah sosial kanak-kanak pada masa kini lebih terpengaruh dengan persekitaran yang sekarang, serta bahan bacaan kanak-kanak pada hari ini lebih tertumpukan kepada bahan bacaan yang berbentuk visual berbanding dengan bahan bacaan sastera kanak-kanak. Objektif dalam kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur emosi dan mengkaji jenis-jenis pembentukan sosioemosi kanak-kanak yang dipaparkan dalam teks Kumpulan Cerita Sang Kancil. Oleh itu, pengkaji turut menganalisis kesan bahan bacaan dalam teks Kumpulan Cerita Sang Kancil yang dapat merangsang emosi kanak-kanak. Seterusnya, kajian ini juga menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan Teori Perkembangan Sosioemosi dari Erik Erikson. Tujuan teori ini digunakan bertujuan untuk memantapkan lagi hasil analisis kajian yang dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa bahan bacaan sastera seperti Kumpulan Cerita Sang Kancil sememangnya dapat membentuk sosioemosi kanak-kanak kerana terdapatnya unsur-unsur yang dapat merangsang emosi mereka dalam pertumbuhan dan pembesarannya.