Simbol ragam hias masjid: kajian terhadap Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan

Masjid merupakan rumah atau tempat suci untuk beribadat bagi umat Islam serta berperanan sebagai paksi masyarakat dalam kehidupan seharian manusia yang bergelar Muslim. Kegiatan ilmu dan dakwah juga merupakan salah satu peranan masjid. Oleh itu, reka bentuk masjid yang dibina mengikut adat dan kebud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Najwa Hanim Saidi
Format: UMK Etheses
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14506/1/NUR%20NAJWA%20HANIM%20BT%20SAIDI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14506/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Language: Malay
Description
Summary:Masjid merupakan rumah atau tempat suci untuk beribadat bagi umat Islam serta berperanan sebagai paksi masyarakat dalam kehidupan seharian manusia yang bergelar Muslim. Kegiatan ilmu dan dakwah juga merupakan salah satu peranan masjid. Oleh itu, reka bentuk masjid yang dibina mengikut adat dan kebudayaan masyarakat setempat berpandukan ajaran Islam. Kekaburan makna terhadap simbol dalam reka bentuk Masjid Muhammadi merupakan permasalahan dalam kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti simbol yang digunakan dalam reka bentuk Masjid Muhammadi, Kelantan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan faktor pemilihan simbol yang digunakan dalam reka bentuk Masjid Muhammadi dan menganalisis simbol-simbol yang mempengaruhi identiti reka bentuk Masjid Muhammadi, Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan juga untuk menghuraikan makna ragam hias yang digunakan dalam Masjid Muhammadi. Khat Nasakh yang digunakan pada pintu masuk masjid memberi makna yang jelas dan mudah difahami oleh pengunjung. Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian untuk memperolehi maklumat dan data. Hasil analisis kajian ini menemukan Masjid Muhammadi mempunyai tiga simbol iaitu kaligrafi, geometri dan motif flora. Masjid Muhamamdi yang menerima pengaruh kolonial menyebabkan reka bentuknya mempunyai motif flora daripada zaman Rom. Pengaruh reka bentuk Masjid Muhammadi dapat menunjukkan identiti sebenarnya. Pendedahan awal kepada semua golongan terutama golongan muda tentang bangunan warisan merupakan salah satu cadangan selepas kajian ini.