Pemuliharaan Pertukangan Tembaga Di Kampung Ladang, Terengganu
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu, menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu dan mencadangkan langkah yang sewajarnya dalam memulihar...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | Malay |
Published: |
2022
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3678/1/DALILA%20BINTI%20MOHAMED%20C18A0055.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3678/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Language: | Malay |
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu, menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu dan mencadangkan langkah yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara seni pertukangan tembaga di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kaedah kualitatif yang merangkumi kaedah temu bual dan juga kaedah kepustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kajian ini juga turut menggunakan teori Fungsionalisme yang dikemukan oleh Talcott Parson (1930). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua informan yang ditemu bual mengetahui tentang sejarah dan perkembangan seni pertukangan tembaga di Terengganu. Penerimaan informan terhadap pemuliharaan pertukangan tembaga ini adalah sangat memuaskan dan juga diterima dengan baik. Namun begitu, pembangunan yang pesat di Kampung Ladang serta kekurangan pelapis-pelapis baharu untuk menyambung legasi pembuatan tembaga merupakan antara faktor yang mempengaruhi kemerosotan pertukangan tembaga di Kampung Ladang. Oleh itu, pemeliharaan dan juga pemuliharaan yang sewajarnya perlu dilakukan untuk mengekalkan seni pertukangan tembaga ini dengan memberikan pendedahan berkaitan dengan kemahiran pertukangan tembaga, bengkel atau kursus pertukangan tembaga serta kempen-kempen yang berkaitan dengan seni pertukangan tembaga perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib. Secara tidak langsung, dapat mengekalkan seni pertukangan tembaga ini agar tidak luput ditelan zaman. |
---|