Kepentingan dan Cabaran Dalam Pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng (Memorial Daeng Hadadek)

Rumah tradisional di Malaysia merupakan salah satu warisan ketara yang mempunyai nilai yang tinggi. Hal ini demikian kerana rumah tradisonal ini membawa bersama nilai warisan kita yang mempunyai nilai keistimewaan yang perlu di jaga untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada generasi akan datang. Ru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hidayanti, Ahmad Berori
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4697/
http://ftkw@umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Description
Summary:Rumah tradisional di Malaysia merupakan salah satu warisan ketara yang mempunyai nilai yang tinggi. Hal ini demikian kerana rumah tradisonal ini membawa bersama nilai warisan kita yang mempunyai nilai keistimewaan yang perlu di jaga untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada generasi akan datang. Rumah Sri Saleiwangeng merupakan rumah tradisional masyarakat Bugis yang perlu diberi perhatian kerana keunikan yang tersendiri dari segi senibinanya. Pemeliharaan rumah Sri Saleiwangeng mempunyai kepentingan dan juga cabaran yang tersendiri. Akhir sekali, adat dan pantang larang masyarakat Bugis semasa pembinaan rumah semakin tidak diamalkan dan tidak diketahui oleh masyarakat kita dan masyarakat Bugis sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian temubual, pemerhatian dan juga borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk Kampung Sungai Kuali seramai 59 orang responden. Hasil soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji mengenai kepentingan dan juga cabaran dalam pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng menunjukkan responden bersetuju bahawa pemeliharan rumah Sri Saleiwangeng ini mempunyai kepentingan daripada aspek pendidikan, pelancongan dan juga pengekalan warisan. Akhir sekali, rata-rata responden juga bersetuju mengenai terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pemeliharaan rumah Sri Saleiwangeng pada masa kini.