Rencam Emosi Watak Wanita Dalam Karya Sastera Picisan Terpilih
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti rencam emosi berdasarkan watak wanita dan menganalisis Model Kecerdasan Emosi (MKE) berdasarkan watak wanita yang terdapat dalam teks kajian. Kajian ini juga dihasilkan berpandukan dua buah teks iaitu novel Suri Hati Mr.Pilot karya Dila Dyna dan novel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Published: |
2019
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4804/ https://ftkw.umk.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti rencam emosi berdasarkan watak wanita dan menganalisis Model Kecerdasan Emosi (MKE) berdasarkan watak wanita yang terdapat dalam teks kajian. Kajian ini juga dihasilkan berpandukan dua buah teks iaitu novel Suri Hati Mr.Pilot karya Dila Dyna dan novel Kan KuKejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari. Dengan penelitian terhadap jalan penceritaan yang dipaparkan oleh kedua-dua pengarang, maka pelbagai rencam emosi telah ditemui dan komponenkomponen kecerdasan emosi dapat diaplikasikan dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini memfokuskan kepada emosi positif dan negatif yang digambarkan oleh watak wanita dalam novel Suri Hati Mr.Pilot dan Kan KuKejar Cinta Kamu. Manakala komponen kecerdasan emosi yang dianalisis dalam kajian ini adalah kesedaran peribadi dan kesedaran sosial. Kajian ini menggunakan komponen Kecerdasan Emosi oleh Goleman. Terdapat lima aspek dalam komponen Kecerdasan Emosi Goleman iaitu kesedaran kendiri, kawalan kendiri, memotivasikan kendiri, empati dan kemahiran sosial. Hasil kajian yang dijalankan ini telah menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu mengumpulkan data-data bagi melengkapkan kajian. Oleh itu, diharapkan kajian ini akan memberi sumbangan yang bermanfaat terhadap kajian ilmiah terutamanya dalam bidang kesusasteraan di Malaysia.
(Kata Kunci: rencam emosi, watak wanita, Suri Hati Mr.Pilot, Kan KuKejar Cinta Kamu, emosi positif, emosi negatif, kecerdasan emosi, Goleman) |
---|