Application of visual computer simulation in industrial ergonomics

Pekerja industri adalah lebih mudah untuk terdedah kepada ketidakselesaan dan kesakitan semasa kerja. Faktor-faktor risiko pekerjaan merupakan faktor terbesar kepada masalah-masalah kesihatan dan ia boleh didapati di mana-mana sektor. Di negara perindustrian, anggota badan bahagian atas lebih terded...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Rasdan Ismail, Khairul Azhar Mat Daud, Nik Zulkarnaen Khidzir, Mohd Firuz Mohd Anwar, Mohd Firdaus Mohamad Ali, Darliana Mohamad
Format: Non-Indexed Article
Published: Universiti Malaysia Kelantan 2014
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8309/
http://teniat.umk.edu.my/images/TENIATVol2Issue12014/TENIAT,%20Vol%202,%20Issue%201,%20pp%201-13.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Description
Summary:Pekerja industri adalah lebih mudah untuk terdedah kepada ketidakselesaan dan kesakitan semasa kerja. Faktor-faktor risiko pekerjaan merupakan faktor terbesar kepada masalah-masalah kesihatan dan ia boleh didapati di mana-mana sektor. Di negara perindustrian, anggota badan bahagian atas lebih terdedah kepada gangguan musculoskeletal. Work-related musculoskeletel disorders (WMSDs) merupakan gejala di mana pekerja akan mengalami kesakitan dan ketidakselesaan di leher, kawasan bahu, belakang, siku, tangan, badan dan lutut, dan juga pada sendi yang sakit, keletihan dan cedera. Namun terdapat kekurangan kajian dalam bidang ini yang memberi tumpuan dan pendedahan tentang kepentingan implikasi rekabentuk kepada manusia. Tambahan pula, terdapat juga kekurangan penyelidikan dalam bidang ini untuk merangkumi masalah yang berkaitan ergonomik kepada manusia dengan menggunakan simulasi komputer. Kertas kerja ini membentangkan tren terkini mengenai penggunaan simulasi komputer visual dalam mendedahkan ketidakselesaan selain gangguan yang dialami oleh pengguna akibat rekabentuk yang tidak ergonomik di tempat kerja atau penggunaan produk mereka. Tiga kajian kes telah dijalankan ke atas penggunaan jenis perisian yang berbeza dalam bidang ergonomik iaitu CATIA-RULA, OWAS dan Pemetaan Tekanan FSA4.0. Dapatan kajian menunjukkan tren WMSDs di kalangan pengguna adalah membimbangkan dan sangat penting untuk keselesaan pengguna.