Innovative design of knock-down system for metal kabinet

Di dalam ekonomi global semasa, reka bentuk perabot telah menjadi satu isu utama bagi pengguna. Perkembangan terkini dalam penghasilan perabot telah meningkatkan cara pemasangan yang lebih baik dengan harapan boleh menjimatkan masa yang diambil dalam proses pembuatan. Perabot logam mempunyai beberap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Firuz Mohd Anwar, Ahmad Rasdan Ismail, Abdullah Al Rashid Hamid
Format: Non-Indexed Article
Published: Universiti Malaysia Kelantan 2014
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8311/
http://teniat.umk.edu.my/images/TENIATVol2Issue12014/TENIAT,%20Vol%202,%20Issue%201,%20pp%2028-35.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Description
Summary:Di dalam ekonomi global semasa, reka bentuk perabot telah menjadi satu isu utama bagi pengguna. Perkembangan terkini dalam penghasilan perabot telah meningkatkan cara pemasangan yang lebih baik dengan harapan boleh menjimatkan masa yang diambil dalam proses pembuatan. Perabot logam mempunyai beberapa had fabrikasi dan pemasangan dengan memerlukan ruang dan kos yang besar. Oleh itu kaedah perabot Knock-down adalah kecekapan yang paling efisyen di dalam penjimatan ruang dan kos. Kertas kerja ini mencadangkan kaedah baru perabot Knock-down serta perbandingan dengan kaedah pembentukan perabot yang sedia ada. Tugas utama kajian ini adalah untuk mencipta rekabentuk asas sistem Knock-down dan rekabentuk tanggam dalam pengeluar perabot logam tempatan. Kajian ini dijalankan ke atas salah satu pengeluar perabot logam di pantai barat Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek reka bentuk perabot boleh dipenuhi dengan menggunakan kaedah Knock-down ini. Kajian juga menunjukkan bahawa reka bentuk semasa pada kabinet logam yang digunakan oleh pengeluar perabot tempatan boleh diubahsuai untuk mengurangkan masa dan kos pada proses memasang kabinet logam. Kertas ini mencadangkan satu kaedah baru penambahbaikan sistem Knock-down dari segi reka bentuk dan garis panduan serta reka bentuk tanggam di dalam rekabentuk kabinet logam.