Zakat Pendapatan: Satu Tinjauan Awal Sejauhmana Komitmen Staf Universiti Malaysia Pahang

Zakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang dikemukakan oleh ijtihad ulama semasa. Antara ulama yang mencetuskan ijtihad zakat pendapatan ialah Syeikh 'Abdul Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah, dan 'Abdul Wahhab Khallaf (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 489). Zakat ini di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Hilmi, Mat Said, Saharudin, Ramli, Norsuhaila, Musa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2015
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11842/1/Zakat%20Pendapatan-%20Satu%20tinjauan%20awal%20sejauhmana%20komitmen%20staf%20UMP.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11842/7/pbmsk-2015-hilmi-Zakat%20Pendapatan%20Satu%20tinjauan%20awal.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11842/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Pahang
Language: English
English
Description
Summary:Zakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang dikemukakan oleh ijtihad ulama semasa. Antara ulama yang mencetuskan ijtihad zakat pendapatan ialah Syeikh 'Abdul Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah, dan 'Abdul Wahhab Khallaf (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 489). Zakat ini diwajibkan ke atas umat Islam yang berkelayakkan atau telah cukup syarat sebagaimana yang dinyatakan Syara’. Di Universiti Malaysia Pahang (UMP) zakat pendapatan telah mula diperkenalkan kepada staf sekitar tahun 2002. Namun begitu pendedahannya kepada umum masih belum ditahap memuaskan, sedangkan ia merupakan salah satu sumber kewangan yang agak lumayan untuk membantu umat Islam di Malaysia yang masih dikatakan hidup dalam dhoif ketika ini. Justeru itu kajian ini dilakukan adalah untuk melihat dan meninjau perbahasan hukum zakat kategori ini. Begitu juga sejauhmana pengetahuan staf UMP berhubung dengan zakat tersebut dan bagaimana komitmen staf UMP dalam memberi sumbangan melalui zakat ini. Tinjaun awal ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung zakat pendapatan kepada staf UMP samada baharu atau lama yang belum mengetahui hukum zakat ini. Staf juga akan diberi penjelasan berkaitan keunikan dan kebaikan sistem zakat yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadis. Ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk memperkasakan kempen biaya zakat terhadap masyarakat Negeri Pahang amnya, khasnya kepada generasi belia yang masih baharu di dunia pekerjaan. Amat diharap tinjauan awal ini bakal membuka minda masyarakat akan pensyaritan zakat dan jaminan kebaikan dan keberkataannya disisi Allah swt.