Pembangunan Instrumen Pengukuran Pematuhan Syariah Bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetuskan isu sama a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahyuddin, Ismail, Jahid, Sidek, Syed Hadzrullathfi, Syed Omar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14087/1/pbmsk-2016-mahyuddin-pembangunan%20instrumen%20pengukuran.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14087/7/pbmsk-2016-mahyuddin-pembangunan%20instrumen%20pengukuran1.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14087/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Pahang
Language: English
English
Description
Summary:Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetuskan isu sama ada pengamal tersebut benar-benar menggunakan kaedah yang dibenarkan Syara’ atau tidak. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina satu instrumen pengukuran patuh syariah bertujuan mengukur dan menilai tahap pematuhan syariah dalam kalangan pengamal PT&K khususnya pengamal pengubatan Islam. Pembangunan instrumen ini berasaskan model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation & Evaluation) sebagai kerangka gerak kerja. Sebanyak 8 domain telah dikenal pasti iaitu bacaan ruqyah, amalan perawat, kaedah rawatan, kaedah mengesan penyakit, bahan rawatan, tingkah laku dan etika perawat, latar belakang pendidikan perawat dan pengalaman perawat dengan indikator masing-masing. Kajian ini turut menetapkan tahap ujian dan kaedah pengiraan skor. Instrumen ini menjalani proses validasi bersama 6 orang pakar dalam bidang pengubatan Islam sebelum diuji pakai ke atas 16 responden yang merupakan pengamal pengubatan Islam yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.