Kajian Komitmen Pensyarah Terhadap Tatacara Berpakaian, Sahsiah dan Rupa Diri Pelajar IPT Malaysia
“Tamaddun” daripada perkataan Arab “Maddana” Arab bermaksud adab, akhlaq, moral dan mempunyai agama yang baik. Manakala hidup bertamaddun membawa maksud kehidupan yang penuh dengan adab sopan, moral dan berakhlaq. Dalam konteks dunia pendidikan hari ini isu tatacara berpakaian, rupa diri, sahsiah d...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15552/1/pbmsk-2016-hilmi.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15552/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Pahang |
Language: | English |
Summary: | “Tamaddun” daripada perkataan Arab “Maddana” Arab bermaksud adab, akhlaq, moral dan mempunyai agama yang baik. Manakala hidup bertamaddun membawa maksud kehidupan yang penuh dengan adab sopan, moral dan berakhlaq. Dalam konteks dunia pendidikan hari ini isu tatacara berpakaian, rupa diri, sahsiah dan akhlak pelajar yang pernah dibincangkan dan diketengahkan diperingkat institusi pengajian tinggi amnya masih tidak menampakkan hasil positif. Ia seolah-olah kelihatan tiada keseriusan dari pelbagai pihak untuk mengendalikan dan menjayakan isu ini sebaik mungkin sehingga ke akar umbinya dan secara tidak langsung untuk cuba mencari jalan keluar atau berusaha menyelesaikannya. Justeru itu satu kajian berfokus telah dijalankan kepada pelajar di salah satu IPTA dari pelbagai fakulti. Kajian ini bertujuan ingin melihat sejauhmana komitmen pensyarah selaku antara aset penting yang berintegriti tinggi, bernilai dan berakhlak mulia. Kajian ini dilakukan secara tinjauan melalui internet (monkey survey) kepada lebih dari 100 orang pelajar. Melalui kajian ini terdapat 6 perkara yang diperhatikan dan dikaji secara terperinci. Kajian ini berkisar komitmen pelajar dan pensyarah di kampus antaranya ialah komitmen pelajar terhadap pemakaian kad matrik universiti, komitmen pensyarah memperuntukkan masa bagi menyatakan kepentingan tatacara berpakaian dan rupa diri di kampus dalam kelas, komitmen mengambil tindakan terhadap pelajar yang gagal mematuhi peraturan tatacara berpakaian dan rupa diri, komitmen mengambil tindakan terhadap pelajar yang kerap hadir lewat atau gagal hadir dalam kelas, akhir sekali, amanah dalam mengisi ruang di slip kehadiran rakan pelajar dalam kelas. Hasil dari kajian terhadap 6 isu di atas didapati statistik pada graf menunjukkan bahawa komitmen di kalangan pelajar dan pensyarah tidak memberansangkan. Ini sangat membimbangkan kerana penekanan terhadap isu-isu tersebut sangat penting dalam melahirkan pelajar bertamadun iaitu berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan bersikap, berakhlaq serta bersahsiah terpuji.
|
---|