Perbandingan Konjugasi Kata Kerja Bahasa Jerman, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu: Satu Tinjauan di UMP

Makalah ini membincangkan hasil perbandingan bentuk konjugasi kata kerja (KK) antara bahasa Jerman (BJ), bahasa Arab (BA) dengan bahasa Melayu (BM) yang dibina oleh pelajar UMP. Menurut Tatabahasa Dewan(2008) penggunaan KK yang tepat memainkan peranan utama kerana KK berfungsi sebagai predikat iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yanti Salina, Shaari, Khairulbahri, Abdul Samad, Jamilah Bebe, Mohamad, Mardhiyyah, Zamani, Jamal Rizal, Razali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19469/1/20171610_Paper%20kontrastif%20language.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19469/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Pahang
Language: English
Description
Summary:Makalah ini membincangkan hasil perbandingan bentuk konjugasi kata kerja (KK) antara bahasa Jerman (BJ), bahasa Arab (BA) dengan bahasa Melayu (BM) yang dibina oleh pelajar UMP. Menurut Tatabahasa Dewan(2008) penggunaan KK yang tepat memainkan peranan utama kerana KK berfungsi sebagai predikat iaitu sebagai unsur yang menerangkan atau memperihalkan KN dalam sesuatu ayat. KK mempunyai ciri morfologi atau unsur makna sama ada perbuatan, keadaan atau proses (Kamus Linguistik, 1982). Secara lebih khusus, data dalam kajian ini melibatkan penggunaan konjugasi sistem kala kini atau Präsens BJ dan الفعل المضارع )Fi’il Mudhari’) BA yang diambil daripada jawapan para pelajar yang mengambil kursus BA dan BJ. Berdasarkan tema “Memperkenalkan Diri”, terdapat 10 kata kerja berbentuk Präsens dalam BJ dan الفعل المضارع )Fi’il Mudhari’) dalam BA. Data ini dianalisis secara deskriptif melalui pendekatan kontrastif dengan BM berasaskan Tatabahasa Dewan. Hasilnya menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dan kepelbagaian bentuk konjugasi KK yang dibina oleh para pelajar. Dalam hal ini, pengkaji mendapati para pelajar ini sering keliru ketika mengkonjugasikan KK dalam bahasa Asing (BAs) kerana terdapat pengaruh bahasa pertama (B1) dalam struktur konjugasi yang dibina. Hal ini dapat dikaitkan dengan faktor dalaman dan luaran bahasa iaitu pengaruh tatabahasa B1 yang kuat dan juga tahap penguasaan tatabahasa BAs yang masih lemah atau belum memadai.