Pemantapan Elemen Disiplin melalui Kaedah Biofeedback dalam Kalangan Mahasiswa

Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan nilai disiplin dalam diri masing-masing. Individu adalah bermoral apabila tindakan yang betul dilaksanakan dan dilakukan secara konsisten. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menje...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahidah, Hamzah, Lutfan, Jaes, Muhammad Nubli, Abdul Wahab
Format: Article
Language:English
Published: KUIS 2018
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23578/1/jsass_khas02_014_shahidah.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23578/
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02_014_shahidah.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Pahang
Language: English
Description
Summary:Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan nilai disiplin dalam diri masing-masing. Individu adalah bermoral apabila tindakan yang betul dilaksanakan dan dilakukan secara konsisten. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Pembudayaan nilai disiplin merupakan salah satu penekanan bagi menjayakan hasrat tersebut. Disiplin merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, mematuhi undang-undang, menghormati hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan nilai disiplin individu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap disiplin individu menggunakan sifat skor spektrum kuasa Heart Rate Variability (HRV) dan kitaran pernafasan. Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Protokol biofeedback dijalankan ke atas peserta. Data yang di perolehi dianalisis untuk mengenal pasti perubahan tahap peningkatan disiplin dalam diri mereka melalui pengawalan emosi. Hasil dapatan mendapati peserta berjaya meningkatkan tahap pengawalan emosi melalui bacaan HRV.