Rubrik pembangunan pekan sempadan Malaysia-Kalimantan: Tawau-pulau Nunukan

Antara kawasan desa-bandar atau pinggiran-pusat, lazimnya terdapat jurang pembangunan yang membezakan kedua-duanya. Kawasan desa selalu dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan berbanding dengan kawasan bandar yang disinonimkan dengan kemajuan dan penduduknya berpendapatan tinggi. Pekan di sepanja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim Anuar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15597/1/Rubrik_pembangunan_pekan_sempadan_Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15597/
http://www.ums.edu.my/upepv2/files/1RubrikPembangunanN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Antara kawasan desa-bandar atau pinggiran-pusat, lazimnya terdapat jurang pembangunan yang membezakan kedua-duanya. Kawasan desa selalu dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan berbanding dengan kawasan bandar yang disinonimkan dengan kemajuan dan penduduknya berpendapatan tinggi. Pekan di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia selalunya berada di kawasan pedalaman dan juga dikaitkan dengan kemunduran, dan penduduknya berpendapatan rendah serta miskin. Konsep pembangunan di kawasan sempadan masih bersifat tradisional berteraskan pertahanan dan keselamatan,dan tidak kepada pembangunan ekonomi. Justeru, pembangunan di kawasan perbatasan perlu dibangunkan kearah status ekonomi lestari berpendapatan tinggi dengan tujuan mengeluarkannya daripada perangkap ekonomi mundur dan miskin. Sekalig usia juga membantu pembangunan yang lebih berimbang antara kawasan desa-bandar atau pinggir-pusat. Sehubungan itu, pekan sempadan Tawau (Sabah) dan Nunukan (Kalimantan Timur) dijadikan sebagai kajian kes. Latar belakang sosio-ekonomi di kedua-dua pecan itu dikaji untuk menilai tahap pembangunan ekonomi masing-masing. Wujud jurang pembangunan antara Tawau dan Nunukan. Oleh itu, pelaburan di kawasan sempadan menerusi inisiatif kerajaan dan swasta adalah diperlukan untuk menjana aktiviti ekonomi rentas sempadan, misalnya menerusi pembangunan dan peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan Tawau-Nunukan adalah pintu masuk utama kepasaran Malaysia bagi penduduk di Kalimantan Timur dan Filipina Selatan dan sebaliknya bagi penduduk Sabah. Rubrik pembangunan di pecan sempadan akan mengambilkira pertimbangan ekonomi, di samping mengekalkan pendekatan pertahanan dan keselamatan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.