Kepelbagaian odonata dan potensinya sebagai bioindikator untuk kualiti air di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah
Kajian ini telah dijalankan di sepanjang Sungai Lipad dalam Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengkaji kepelbagaian Odonata (Anisoptera & Zigoptera) yang terdapat di kawasan ladang kelapa sawit dan kawasan hutan simpan hidupan liar Tabin, Sabah;...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17395/1/Kepelbagaian_odonata_dan_potensinya_sebagai_bioindikator_.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17395/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini telah dijalankan di sepanjang Sungai Lipad dalam Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengkaji kepelbagaian Odonata
(Anisoptera & Zigoptera) yang terdapat di kawasan ladang kelapa sawit dan kawasan hutan simpan hidupan liar Tabin, Sabah; (2) mengkaji hubungan di antara kualiti air dan
kepelbagaian larva Odonata di sungai Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin; dan (3) menentukan potensi larva Odonata sebagai bioindikator untuk kualiti air di dalam sungal Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Sabah. Aktiviti persampelan larva dan dewasa Odonata dilakukan dengan menggunakan teknik jaring tendang (kick net) dan jaring aerial. Secara keseluruhannya, sebanyak 228 individu yang mewakili tujuh famili, 20 genera dan 29 spesies dewasa Odonata telah dikenalpasti. Indeks Shannon-Wiener menunjukkan kepelbagaian spesies dewasa Odonata adalah lebih tinggi di kawasan ladang kelapa sawit
berbanding dengan kawasan hutan simpan hidupan liar. Litupan kanopi, pengaruh cahaya, kesesuaian habitat dan adaptasi memainkan faktor penting yang mempengaruhi kepelbagaian dan taburan dewasa Odonata. Bagi larva Odonata, terdapat 135 individu yang mewakili sembilan famili telah berjaya dikumpulkan. Famili Gomphidae didapati paling tinggi dalam bilangan genus dan juga jumlah keseluruhan individu. Daripada pengumpulan yang dibuat, kawasan ladang kelapa saw it mencatatkan kepelbagaian komuniti larva Odonata tertinggi. Morfologi, habitat, tingkah laku dan adaptasi didapati mempengaruhi taburan larva Odonata. Selain daripada itu, didapati kualiti air dan kandungan nutrien menjadi faktor pengelompokan kumpulan sungai yang dikaji.
Parameter kualiti air digunakan untuk menilai kualiti air dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi taburan serangga akuatik. Oleh itu, suhu, oksigen terlarut (DO), konduktiviti dan pH dapat mempengaruhi diversiti dan taburan larva Odonata. Indeks Family Biotic, Indeks Biology Monitoring Wort Party (BMWP) dan Indeks Average Score Per Taxon (ASPT) menunjukkan tahap kualiti air di Sg. Lipad, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin tidak tercemar dan masih dalam keadaan bersih. Melalui penggunaan indeks biotik, pemantauan dari segi fiziko-kimia dan kehadiran larva Odonata menunjukkan bahawa larva Odonata boleh digunakan sebagai bioindikator yang berpotensi dalam pengurusan ekosistem sungai. |
---|